16 August, 2006

Antara Mata dan Telinga

....Maka hebohlah seantero negara, perihal Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19) Sharifah Amani menghina dan merpelekehkan Bahasa Melayu ketika berucap selepas memenangi anugerah tersebut. Ucapan spontan beliau yang berbunyi ‘‘I sound like stupid if I speak in Malay.’’ (Saya rasa seperti orang bodoh kalau saya bercakap dalam bahasa Melayu),’’ bukan sahaja mengecewakan para penonton yang menyaksikan siaran itu secara langsung di kaca TV, malahan turut mengguriskan hati Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim....

Secara peribadi Anak Minah tak rasa ini adalah satu masalah besar pun dan nak diheboh-hebohkan sangat.

Mari kita bincang sikit. Cuba bayangkan dalam majlis-majlis seperti ini dan sewaktu dengan nya, akhir-akhir ini tak segan silu bila yang wanita-wanita nya dari pengacara sampai kepada yang mengambil bahagian dan menghadiri. Rata-rata boleh kata pakaian terrr..sangat menjolok mata. Pakaian berkemban, 'low cut' dan sebagainya, bak kata mak nenek baik tak payah pakai baju lerr... Memang sakit mata memandang. Tapi... ooo... tak apa. Tak ada yang bersuara langsung untuk membangkit. Sebab apa? Ooo... sebab 'BAHASA melambangkan BANGSA'. PAKAIAN hanya melambangkan BANGSA dan AGAMA!.

Nampak nya telinga kita ini lebih sensitif dari mata ya! Kalau dengar yang salah tak boleh sahaja. Terus menyuarakan kesedihan dan ketidakpuasan hati. Penggunaan bahasa yang agak kasar dan 'sensored' cepat sahaja di tuuuuttt kan. Tengok sahaja cerita-cerita dalam TV tu. Kalau yang guna perkataan-perkataan yang 'f**k' , 's**t' dan sebagainya mesti di 'silence' kan atau di tuuttt kan. Tapi kalau adegan-adegan yang tunjuk sana-tunjuk sini, adegan bercumbu-cumbuan, tak ada pun nak disensored kan.

Tak tahulah AnakMinah dasar apa yang kita pegang ini. Cuba cerita sikit!

02 August, 2006

Drama Melayu - apa yang hendak diketengahkan?

Secara rambang, AnakMinah cuba tanya-tanya kawan-kawan sekeliling, dalam banyak-banyak rancangan TV, rancangan apa yang mereka minat. Majoriti yang menjawab, rancangan atau cerita-cerita dari baratlah! Kalau kategori drama, mak cik-mak cik ramai yang suka 'telenovela'. Kalau movie tu, cerita hindustan memang tengok nangis-nangis punya lah! Kalau part hiburan, Akademi Fantasia itu ramai yang tahu!

Tapi yang AnakMinah nak bincang sikit kat sini ialah tentang drama-drama dan cerita-cerita melayu yang dipaparkan diTV saban hari(selain dari yang bersiri seperti Gerak Khas dan sebagainya). Seingat-ingat AnakMinah dari dulu sampai sekarang drama melayu ini stereotype sahaja...kisah pergolakan rumah tangga, gaduh-gaduh, rebut harta, rebut anak, kalau lawak, lawak bodoh, dengki mendengki dan sebagainya. Tidak banyak nilai-nilai kemelayuan terutamanya keislaman yang dibawa bersama. Tidak ada nilai-nilai yang betul-betul yang boleh dipertahankan. Atau itukah sahaja sebenarnya nilai-nilai orang melayu. Apa yang dipaparkan melambangkan apa yang ada dari hati dalaman.. yang kosong dan lompong!!

Minta maaflah kalau pembaca ada dari kalangan penerbit, penulis atau pelakun-pelakun. Tapi AnakMinah betul-betul muak dengan konsep-konsep yang selalu diketengahkan. Bila nak tunjuk seseorang itu alim, mesti ada adengan semasa nak dekat habis-habis sembahyang tu, dan memohon doa sampai nangis-nangis... tetapi apa yang didoakan hanya kerana kesempitan, bukan kerana ketakwaan pada Allah. Begitu juga adegan-adegan depan kubur untuk menunjukkan penyesalan.

Itu sahaja! Selain itu yang banyak diketengahkan ialah pergaduhan dan pergolakan.. Ini yang yang hebatnya agaknya. Dengan mimik muka yang bengis, tengking-menengking, tolak menolak, dengan perkataan-perkataan yang tak biasa didengar dalam keadaan biasa.. Pelakun rasa syok sendiri sahaja yang lakunannya hebat. Lagi nampak jahat lagi bagus! Sekali lagi apa nilai-nilai yang hendak diketengahkan! Jadi jangan marah lah kalau orang cepat sahaja menukar channel, tengok cerita cina, tengok cerita kartun lagi baik! Bukan nak kata orang melayu ini tak pandai buat drama. Cuba tengok cerita lama-lama tu, cerita P. Ramlee terutamanya, kenapa orang tak puas-puas menonton? Tengok bagaimana cerita hindi, walaupun berjam-jam, ramai yang tetap terpaku menonton? Tidak lain ada yang perlu dipegang dan diketengahkan.


Sebagai kesimpulan AnakMinah nak kata yang institusi penerbitan drama dan lakunan-lakunan melayu telah tersasar dari focus. Cuma lebih nak menengahkan 'skill' lakunan daripada nilai-nilai hidup yang perlu dipertahankan. Jauh lagi nilai-nilai keagamaan. Didoakan ianya akan berubah demi anak bangsa dan agama!

Mencari Identiti Melayu

Anak Minah sebagai anak melayu sebenarnya masih tercari-cari identiti melayu yang ada dalam Malaysia sekarang. Apakah yang melambangkan kemelayuan sebenarnya...

Pakaian ?: tak berapa nampak sangatlah sekarang. Kalau lah nak dikatakan orang melayu berpakaian baju kurung dan baju melayu, ini bermusim sahaja. Cuma sebilangan sahaja wanita yang berpakaian baju kurung apabila hendak pergi kerja. Yang lebih 'maju' lebih banyak yang berseluar dan berskirt sahaja. Sama sahaja dengan mana-nama bangsa, malah kebanyakan dari negara lain. Kalau ada pun yang berpakaian seperti itu hanya bermusim, samada waktu sembahyang Jumaat atau Hari Raya, perarakan Maulidurasul dan sebagainya. Itu pakaian untuk acara agama atau pakaian bangsa melayu...

Bahasa ?: tak semestinya yang 'fasih' berbahasa melayu itu orang melayu. Ada juga orang melayu, tapi kata ' I tak reti sangat lah bahasa melayu ini..' , malah ada pengkaji bahasa melayu yang pakar, bukan bangsanya Melayu pun

Makanan? : Tak mungkin... pagi makanan mamak paling popular, tengahari ikut suka, bila dinner yang kelas sikit tu, chinese course..

Anak minah masih lagi tercari-cari identiti bangsa melayu...

04 July, 2006

Gula

Macam macam cerita di dengar kesah kekurangan gula ini.. Tak sangka juga ya gula ini begitu penting dalam kehidupan...

Tiada gula tiada kemanisan hidup...

Program realiti jangan bertentangan dengan syariat

Artikel in dipetik dari Utusan Malaysia - semuga menjadi renongan..

TAHUN 2003 mencetuskan evolusi dalam dunia penyiaran Malaysia apabila program-program realiti TV mula mengambil tempat di kalangan khalayak.

Pertandingan nyanyian berkonsep lama menerima perubahan paling ketara apabila keputusan bukan terletak di tangan juri sepenuhnya. Sebaliknya, kuasa penonton mengatasi segala-galanya dengan undian melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).

Akademi Fantasia (AF) adalah program realiti pertama berbentuk hiburan yang mengundang polemik di kalangan masyarakat dan ahli akademik hingga ke hari ini.

Isunya bukan pertandingan nyanyian tetapi keterbukaan peserta bergaul mesra antara satu sama lain dan mereka pula ditempatkan dalam sebuah banglo. Kemudiannya, aksi-aksi berpelukan antara lelaki dan perempuan dipertontonkan dengan jelas di hadapan khalayak. Unsur-unsur emosi juga diterapkan secara terbuka.

Amat mendukacitakan, rata-rata ‘pelajar’ AF adalah remaja Melayu beragama Islam yang sepatutnya tahu bahawa dunia fantasi tidak menjanjikan kebenaran.

Program realiti begini semakin bercambah. Muncul beberapa program seperti Audition yang disiarkan di saluran ntv7, Malaysian Idol (8TV), Mentor (TV3) dan terbaru, One In A Million (8TV). Semuanya mempunyai matlamat yang sama – mencari pesona bintang dalam dunia nyanyian dan lakonan.

Tidak kurang juga ada program realiti dengan sedikit kelainan seperti Malaysia’s Most Beautiful (8TV) untuk mencari wanita tercantik di Malaysia. Paling kontroversi ialah program Mencari Cinta (TV3) yang dikatakan bertentangan dengan adat dan budaya Melayu. Agak unik dan berbeza, muncul MyTeam (TV3) yang tujuannya mencari bakat-bakat baru dalam dunia bola sepak.

Memandangkan program realiti mudah diterima, beberapa rancangan televisyen turut mengambil langkah serupa. Antaranya, program berbentuk kebajikan dan kemasyarakatan seperti Bersamamu (TV3), Ku Pohon (Astro) dan Finding Angle (ntv7). Dalam kekalutan dan di tengah-tengah kebanjiran program realiti berunsur hiburan, Akademi al-Quran (AQ) yang diterbitkan TV9 dilihat sebagai satu langkah proaktif untuk mencari qari dan qariah terbaik dari seluruh negara.

Pensyarah Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Zulkiple Abd. Ghani memberikan pandangan beliau berhubung polemik yang timbul ekoran kemunculan semakin banyak program realiti berbentuk hiburan dan impaknya kepada masyarakat.

Menurutnya, program realiti yang kebanyakannya diklon dari Barat perlu dilihat daripada pelbagai sudut, termasuklah nilai baik dan buruk. Perkara utama yang mengundang rasa kurang selesa ialah apabila unsur-unsur emosi diterapkan dan diperlihatkan secara jelas kepada penonton. Akhirnya, ia melahirkan perasaan taksub terhadap peserta yang mereka minati.

Bagaimanapun, Zulkiple berpendapat, unsur emosi adalah antara ‘taktik’ yang digunakan untuk mengaut keuntungan oleh pihak-pihak terbabit dalam program tersebut.

“Program seperti AF berupaya memanipulasi pemikiran remaja yang sukakan penerokaan kepada suasana baru dan berseronok tanpa memikirkan implikasi yang cukup besar iaitu membabitkan kewangan. Islam memandang persoalan memanipulasi penonton sebagai sesuatu yang melibatkan soal akhlak. Ini belum lagi termasuk pengisian program. Selain adat, ia berkaitan dengan soal pegangan agama,” ujar beliau yang memfokus kepada kajian komunikasi dan penyiaran.

Tambah Zulkiple, berhibur bagi orang Melayu adalah perkara yang wujud sejak dulu lagi. Contohnya, orang Melayu bermain wau, gasing dan wayang kulit. Namun, kesemua ini berubah kepada bentuk baru apabila dipengaruhi oleh perkembangan teknologi dan pembentukan budaya. Dengan itu, soal kehidupan dianggap tidak penting dan diliputi angan-angan kosong dan fantasi.

Kejayaan bagi penerbit program realiti TV pula adalah apabila mereka berupaya mencatatkan rating tertinggi untuk program tersebut.

Bagi tujuan mengawal program TV, kerajaan memperkenalkan pada 1980-an dan 1990-an kod etika pengiklanan dan persembahan. Namun, selepas kemunculan pengendali tv berbayar dan berlakunya perubahan dalam teknologi maklumat, aspek pengawalan itu dilupakan.

Bahasa dan budaya

“Program realiti bukan sahaja melibatkan soal bahasa tetapi soal budaya yang menukar nilai-nilai kehidupan. Kita bimbang apabila khalayak menganggap perkara yang tidak benar sebagai realiti. Untuk membetulkan keadaan bukanlah satu kerja mudah kerana ia memerlukan masa yang panjang,” ujar beliau.

Walaupun ramai yang tidak bersetuju dengan kajian Reader’s Digest yang merujuk Kuala Lumpur sebagai bandar raya ketiga paling biadap di dunia, terdapat beberapa fakta yang tidak boleh ditolak termasuklah implikasi daripada media. Misalnya, tindakan mengucapkan terima kasih, membawa kereta dengan berhemah dan menjaga kebersihan tandas adalah antara budaya Barat yang wajar dicontohi kerana nilai-nilai tersebut masih lagi kurang di kalangan penduduk kota metropolitan di Malaysia.

“Kita perlu mengakui bahawa penerbitan dan penyiaran program realiti sedikit sebanyak membentuk peribadi individu. Contoh paling mudah ialah orang-orang muda yang sememangnya mempunyai sikap agresif.

“Remaja kalau terlalu banyak disumbat dengan budaya program realiti sama ada dari dalam atau luar negara akan menerima kesan langsung berdasarkan kepada ‘Teori Peluru Ajaib’. Dalam konteks media, AF memberi banyak implikasi kepada remaja secara tidak langsung dan tanpa kita sedari,” kata Zulkiple.

Program realiti hiburan boleh menjejaskan interaksi dalam keluarga dan masyarakat kerana kebiasaannya ia disiarkan pada waktu utama sedangkan hubungan keluarga semakin terhad. Sebahagian masa dan sumber keluarga digunakan untuk membicarakan perkara yang remeh dan kurang memberi tumpuan kepada aspek penting dalam kehidupan.

“Saya tidak mengatakan bahawa semua yang ditawarkan oleh stesen tv berbayar adalah negatif kerana masih ada rancangan dan program yang berorientasikan maklumat. Antaranya National Geographic yang memaparkan betapa indahnya alam ciptaan Tuhan. Isunya ialah apabila kita memilih untuk membayar program yang tidak membina hanya kerana obses terhadap unsur-unsur hiburan,” kata Zulkiple.

24 May, 2006

Jadikan Menunggu sebagai proses 'latar belakang' sahaja


Okay, boleh sesiapa angkat tangan, siapa suka menunggu! (Macam tak ada response saja!). Saya tanya lagi sekali, boleh angkat tangan, siapa yang TAK suka menunggu? (Oooo.. ramainya...).

Tidak hairan kalau kita buat kajian dan tanya 'Apakah yang anda paling tidak suka?' . Saya kira mesti ada yang menjawab, 'menunggu'. Malah tak pernah lagi saya dengar dalam dunia ini orang yang hobinya 'menunggu'.

Menunggu adalah sesuatu keadaan yang selalu menyeksakan. Bayangkan seorang kekasih menuggu temannya ditempat yang telah dijanjikan. Bila teman tak kunjung tiba satu penyiksaan dirasakan. Bila orang yang ditunggu akhirnya sampai, rasa lega dalam hati walaupun ada selalunya tak tergambar apabila muka masam, marah-marah dahulu yang keluar kerana telah penat menunggu. Begitu juga dalam keadaan lain, menunggu biasanya membawa erti seolah-olah sesuatu yang terpaksa dibuat, dan tak ada benda lain yang boleh dibuat.

Memang hidup sehari-hari tidak dapat dinafikan keadaan menunggu tidak dapat dielakkan. Sebagai contoh, menunggu anak bangun tidur, menunggu anak siap mandi, menunggu anak balik sekolah, menunggu bas, menunggu keputusan tender, menunggu gaji, menunggu itu dan ini.

Sebagai motivasi Itu Ini Anak Minah kali ini apa kata kita jadikan menunggu itu satu proses latar belakang sahaja. Bagi yang biasa dengan istilah ICT yang dipanggil 'multitasking' , multi-threading' dan sebagainya mungkin boleh faham apa yang dimaksudkan. Menunggu ini boleh dihantar kepada 'background processing'. Itu salah satu sebab mengapa komputer boleh memproses maklumat yang banyak dan pantas.

Dalam erti kata waktu yang digunakan untuk menunggu itu digunakan untuk proses yang lain. Sebagai contoh, seseorang yang sedang menunggu bas, janganlah asyik menungkat dagu untuk menunggu bas itu. Tentu bosan bukan main. Masa pun terbuang dengan sia-sia. Apa kata dapatkan senaskah akhbar,majalah atau novel untuk dibaca. Kalau malu nak membaca(walaupun sepatutnya megah), apa kata main game dalam handphone tu ke. Sekurang-kurangnya sekarang ada dua kerja (menunggu dan membaca) dapat dilakukan pada satu masa. Apa kata, kalau dapat mendengar lagu atau kaset ceramah ke sekali, woo, itu sudah tiga kerja dalam satu masa. Macam-macam sebenarnya boleh dilakukan kalau fikiran diberikan sedikit peluang untuk lebih kreatif.

Itu sebagai satu contoh yang senang. Dalam apa jua keadaan sekalipun, menunggu boleh dijadikan proses latar belakang, dan banyak lagi pekerjaan boleh dilakukan dalam satu masa atau satu hari. Hanya orang yang malas sahaja sebenarnya yang selalu banyak helah.

Kalau begini tak heranlah kira kalau kita tengok ada orang yang bekerja, melanjutkan pelajaran, buat tution, buat pula business sambilan, membeli keperluan rumah, menyiapkan kerja-kerja rumah, berkebun, memasak, menjahit, menyusukan bayi, tengok TV dan bermacam-macam lagi dalam satu jangkamasa.

Ada kawan AnakMinah macam ini lah... Ada pula kawan AnakMinah yang lain, tengok TV sahaja sudah habis satu hari... Jangan marah!

23 May, 2006

Orang Malaysia ada 'double personality'? renongkanlah!

Baru-baru ini tercatat dalam akhbar yang dikatakan mengikut kajian kebanyakan rakyat Malaysia hidup tertekan lalu mengalami gangguan emosi berikutan dengan isu kenaikan harga barang.. Emmm, mungkin ada benarnya.

Ini ada satu persoalan. Adakah rakyat Malaysia kebanyakannya mempunyai masalah sakit 'double personality'? AnakMinah rasa ramai yang faham tentang istilah ini. Mungkin ada yang sudah menonton sekali dua cerita-cerita dalam TV tentang kes ini. Bunyi memang agak mengerikan. Tapi bagaimana kalau AnakMinah jawab 'YA' kepada persoalan itu.

Exhibit 1:
Cuba kita lihat rata-rata masyarakat Malaysia dikatakan bersopan santun, beradap sopan dan ketimuran. Entah orang puji atau tidak, kita pun selalu masuk bakul angkat sendiri.
Ok. Kita terima usul itu.
Tapi apa terjadi kalau orang yang sama, diberikan sebuah kereta dan memandu dijalan raya. Tiba-tiba sahaja seolah-olah orang itu sudah bertukar personaliti. Dari yang baik, peramah dan bersopan santun, sudah bertukar menjadi rakus dan cepat pemarah. Selalu sahaja kereta itu, motor disana atau lori disini yang salah. Sumpah seranah, maki hamun adalah lumrah. Pantang sekali orang bunyikan hon.. menyinga! Pantang silap sedikit, sudah boleh melenting. Pantang tercabar sedikit sudah menjadi bengis. Bila-bila masa boleh jadi pergaduhan, bila-bila masa sudah boleh jadi pembunuhan! Hanya kerana apa, hal sedikit sebab tercabar dijalan raya!

Sekarang boleh setuju kalau AnakMinah kata masyarakat Malaysia ada dua personaliti? Terima sahajalah kenyataan ini.

Sebab-sebab:
1. Kita rasa orang lain itu kita tak kenal
2. Sebab yang kita nampak hanya kenderaan yang dipandu bukan orangnya
3. Kita anggap orang lain itu tak nampak kita didalam kereta dan tak kenal kita
4. Kita rasa gabrah semasa memandu, semacam kereta yang kontrol kita

Exhibit 2:
Dizaman ICT ini, e-mail, sms, chat, itu dan ini memang sudah menjadi lumrah. Perantaraan ini sudah menjadi kebiasaan. Alat ini juga sudah menjadi alat untuk menyamaran, pemfitnahan, kecurian dan sebagainya..

Sebab-sebab? Boleh AnakMinah kata sama sahaja dengan sebab-sebab diatas?

Jadi boleh AnakMinah buat kesimpulan terjadinya masalah dua personaliti ini kerana sebab-sebab tersebut? Jika begitu, AnakMinah syorkan, cubalah ubah sikap, ubati masalah dua personaliti itu. Nak jumpa doktor psikologi? Mungkin perlu. Tapi AnakMinah rasa pemikiran kita ini boleh dilatih untuk menjadi 'cool' dan matang. Kalau semua orang mempunyai kesedaran begitu, barulah dikata hidup menjadi aman, damai dan sejahtera..

Cuba-cubalah:
1. Orang lain itu kita tak kenal - Anggaplah semua orang itu saudara kita, kawan-kawan kita yang kita kenal. Ajaran Islam mengatakan, berbuat baik lah sesama umat( ..hablu minannas..)
2. Sebab yang kita nampak hanya kenderaan yang dipandu bukan orangnya - Pastikan kita sedar disebalik kenderaan atau internet/alat komunikasi itu, ada insan yang sebenar. Kita kena pandang satu step kedepan sedikit, mesti nampak pemandunya, orang seperti kita. Tak susah.
3. Kita anggap orang lain itu tak nampak kita didalam kereta dan tak kenal kita - Anggaplah diri ini glamour dan setiap perbuatan kita dilihat oleh peminat kita. Malulah kalau nak berkelakuan tak senonoh!
4. Kita rasa gabrah semasa memandu, semacam kereta yang kontrol kita - Jangan takut. Kita manusia. Kita yang mereka dan membuat(dengan izin Allah) kenderaan dan alat-alat perhubungan itu. Kita boleh kontrol dia, dan dia tak boleh kontrol kita. Tawakkaltu 'alallah..

Kembali kepada fitrah...

22 May, 2006

Ooo..pocot!! Harga ayam naik lagi!

Alahai.. tak sempat nak tarik nafas panjang AnakMinah, baru terkejut dengan kenaikan harga ayam 40 sen, tup tup dah naik lagi, berapa 25 sen, 26 sen? Opocot, opocot.. Tak tahu lah apa nak jadi. Ayam kena makan juga. Ada sorang kawan AnakMinah ini memang 'tak boleh hidup' kalau tak makan ayam. Mesti ada ayam punyanya dalam sajian. Kalau tidak tak panggil lauk. Kalau macam ini apa cerita?

Terima sahajalah. Orang kata, redha...

18 May, 2006

Ayam oh ayam!!


Alahai.. harga ayam naik 40 sen lagi hari ini...

Mengambil air dari perigi,
Diceduk oleh simata juling,
Harga ayam naik lagi,
Tapi dikatakan masih dibawah siling

Mengambil air dari perigi,
Perigi dibawah pokok kelapa,
Harga ayam naik lagi,
Tapi kerajaan kata tak apa.

Mengambil air dari perigi,
Perigi dalamnya bukan main,
Harga ayam naik lagi,
Kalau tak nak, ada alternatif lain?

Mengambil air dari perigi,
Buat mandi bersihkan badan,
Harga ayam naik lagi,
Naik kerana faktor keadaan?

Mengambil air dari perigi,
Perigi berada dibawah lurah,
Harga ayam naik lagi,
Habis apanya yang murah?

Mengambil air dari perigi,
Menceduk air sambil berdiri,
Harga ayam naik lagi,
So, kena bela ayam sendiri?

16 May, 2006

Renang Anak Itik, Apa nak jadi...

Anak itik berenang-renang,
Berenang di kolam bersama ibunya,
Bagaimana rasa hati nak senang,
Melihat harta orang yang punya

Apa nak jadi...

Anak itik berenang-renang,
Berenang sekawan kesana kemari,
Bagaimana bulu roma tak meremang,
Banyak sangat jenayah bersiri

Apa nak jadi...

Anak itik berenang-renang,
Berenang seekor ditinggal kawan,
Bagaimana rasa hati nak senang,
Sukar membeza lawan dan kawan

Apa nak jadi...

Anak itik berenang-renang,
Berenang seekor ditinggal kawan,
Bagaimana rasa hati nak senang,
Masyarakat bagai tiada haluan

Apa nak jadi...

Anak itik berenang-renang,
Berenang sampai bertembung-tembung,
Bagaimana rasa hati nak senang,
Harga barang pun tinggi melambung

Apa nak jadi...

Selamat Hari Ibu, Selamat Hari Belia, Selamat Hari Guru...selamat! selamat!



Rasanya masih belum terlambat untuk ucapan:

Selamat Hari Ibu untuk-untuk semua ibu-ibu!!!

Selamat Hari Belia untuk semua belia-belia!!!

Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru!!


Selamat, selamat, selamat....

dan selamat hari jadi untuk Jiji...

15 May, 2006

Persamaan Atau Keadilan??

AnakMinah nak mengomel sikit tentang isu yang dikira masih diperkatakan dan diperbahaskan ini. Baru-baru ini keluar pula isu yang sewaktu dengannya tentang isu suami menjadi suri rumah, dan isteri bekerja diluar..

Kaum wanita dikatakan melaungkan hak persamaan, tetapi sebahagian yang lain mengatakan yang dilaungkan ialah hak keadilan. Mana yang betul dan mana yang benar? Memang ramai yang tidak berapa faham atau sengaja buat-buat tak faham. Kalau nak dibahaskan mungkin tak habis-habis. Tapi blog ini AnakMinah gunakan untuk meluahkan rasa hati AnakMinah yang tersangkut-sangkut. Kebetulan pula ditempat kerja AnakMinah baru sahaja diadakan rombakan 'terms and condition' yang kononnya untuk melayani tuntutan hak persamaan yang dilaungkan oleh kaum wanita. Sebahagian dari perubahan-perubahan itu adalah seperti berikut:

1. Wanita diberikan elaun perubatan diri dan anak-anak sekali(tapi tak masuk suami). Sebelum ini hanya untuk diri sendiri sahaja. Ini AnakMinah tak kisah, memang sepatutnya diberi dari dulu lagi. Tapi kenapa bila lelaki boleh 'cover' isteri sekali, wanita tidak. Ada kemusykilan disini.
2. Dikurangkan umur bersara untuk lelaki dari 60 tahun ke 55(supaya sama dengan wanita?).
3. Tidak ada lagi elaun 'maternity' untuk wanita (supaya sama dengan lelaki, sebab lelaki tak ada elaun maternity). Ni apa cerita - orang lelaki boleh mengandung ke?

Cukuplah setakat itu untuk mendapat senarionya. Ini sahaja sudah dapat membayangkan betapa cara isu hak persamaan tidak dapat ditangani dengan jelas.

Berbalik kepada isu suami duduk dirumah dan isteri keluar mencari kerja diluar. Rata-rata 'on paper' dikatakan isteri keluar bekerja untuk 'membantu tanggungan suami'. Atau, adakah ianya patut ditulis semula, isteri keluar bekerja untuk 'menanggung semua perbelanjaan diri dan rumah' kecuali diri suami?

Dari kecil pun rata-rata anak lelaki nampak semacam diberikan keistimewaan. Tidak payah kerja teruk sangat. Bila nak membantu atau buat kerja-kerja rumah, itu tanggungjawap anak perempuan - sebab kononnya memang anak perempuan kena belajar itu semua. Memang situasi di Malaysia sekarang(tak pasti di negara lain), yang wanita nya rata-rata berpendidikan tinggi dari lelaki. Peluang asas pembelajarannya sama, cuma bila masuk periksa keputusannya macam itu. Memang wajar wanita bekerja kerana boleh mendapat pekerjaan yang baik. Habis, apa jadi dengan lelaki, tidak mengapa kelulusan tidak tinggi?, tidak mengapa tidak bekerja? Kalau nak belajar pun senang nak masuk dari perempuan, walaupun keputusan tidak tinggi. Kalau bekerja pun senang diterima dan dapat keistimewaan dari perempuan, walaupun kelulusan setakat mana.. Tapi akhirnya perempuan yang kena bekerja, dan menanggung keluarga. Kalau begini, bila tenaga lelaki yang di'reserve' dari kecil harus digunakan?

Mungkin coretan AnakMinah ini menimbulkan kontroversi. Tapi memang masa untuk kesedaran harus ada sekarang. Inilah akibat apabila manusia cuba lari dari asas perundangan islam yang sedia lengkap ada, diadakan pula perundangan seperti Akta Undang-Undang Keluarga Islam dan sebagainya...

Sekapur Sirih Anak Minah!

Cik Adik, Cik Akak,Cik Abang, dan kawan-kawan sekelian...

Memang agak lama AnakMinah menyepi. Bukan apa, memang agak sibuk

sikit, itu nak buat, ini nak buat.. Tapi, ehem, ada juga beberapa orang pembaca setia AnakMinah yang menyapa, 'apa cerita, senyap aje?', 'busy sangat ke, ...anak minah takde update?'. Ok lah, untuk tidak menghampakan, so.. kita jumpa lagi!!

Ini AnakMinah nak cerita ini. Kisah benar!! Dalam zaman-zaman Melayu moden ini, bila ada majlis perkahwinan, atau sebutan lain, WalimatulUrus, satu yang rasanya setakat ini tak pernah tertinggal lagi ialah Sirih Junjung nya. Sampaikan AnakMinah ini yang kira-kira orang kata, 'tak pandang sebelah mata pun' ada yang minta untuk buatkan sirih junjung ini. Tak kira lah, masa pertunangan ke, hari perlangsungan ke. AnakMinah buatkan sahajalah kalau sudah diminta. Mungkin AnakMinah sendiri tak tahu yang diri ini berbakat... Angkat sendiri nampak!

Tapi rupa-rupanya sirih ini pun ada beberapa jenis, ada yang disebut 'sirih melayu' ada 'sirih keling' dan ada pula 'sirih hutan'. Entahlah, nampak macam sama sahaja.. Tapi yang AnakMinah nak pesan pada anak-anak zaman sekarang, mungkin ada baiknya mengenal sirih yang suatu waktu dulu menjadi kelaziman makanan ala-ala 'chewing gum' masyarakat melayu lama. AnakMinah pun sempat makan sirih masa kecil-kecil dulu. Mungkin ada banyak khasiat tersembunyi dari daun sirih ini untuk dibuat kajian terutama untuk kesihatan.

Itulah pesanan AnakMinah...
AnakMinah anak kampung dulu...

26 April, 2006

smile Posted by Picasa

03 March, 2006

Harga Minyak Naik Mendadak 30sen!

Ish..ish..memang terkejut beruk juga dibuatnya bila tiba-tiba harga minyak diumumkan naik, bukan 1 sen, bukan 2 sen, tapi 30 sen! Berkuat kuasa serta merta pula tu... Memang amat tak patut dan seolah-olah tiada kawalan dan tiada keperhatinan dari pihak pemimpin kepada rakyat yang bukan semuanya banyak duit. Tiga puluh sen seliter, bukan kecil tu.. Tahu-tahu sahaja lah bila harga minyak naik, semua barang, malah segala perhidmatan pun naik harga.. Cuba cakap kalau ada yang turun...?

Walaubagaimana pun AnakMinah ada beberapa tips yang hendak dikongsi bersama supaya impak kenaikan harga minyak tidak terasa sangat.. Kalau idea ini nampak baik, ambillah..

Pertama: Tanamlah sayur-sayuran dan ulam-ulaman disekeliling rumah. Kalau tak ada tanah, tanam dalam pasu. Seperti contoh, cili, serai, halia, pegaga, kunyit, daun sup, daun ketumbar, ulam raja dan sebagainya. Cubalah sikit-sikit, kurang-kurang dapat mengurangkan beban, kalau tak banyak, sikit. Tumbuh-tumbuhan tanam sendiri ini rasanya lebih terjamin, kita tak payah lah beria nak bubuh racun serangga dan sebagainya kalau tak perlu. Itu hanya tanaman komersial. Malah, sebab harga minyak naik ini, kos racun-racun tu pun naik, harga sayur-sayuran pun naik...tak memasal

Kedua: Untuk bahan-bahan keperluan dapur yang tak boleh ditanam pula, seperti sabun, ubat gigi, syampu, pencuci lantai dan sebagainya...ahah! masa ini lah nak kena sign-up dengan mana-mana kumpulan jualan langsung. Seperti contoh yang baik lawatilah laman web http://www.cybershop2u.net/?member=andakku . Register kat situ. Ini satu langkah yang baik, dengan harga barang keperluan yang menaik, kita boleh menjadi pengguna bijak dengan bertukar jenama kepada barangan seperti ini. Harga asalnya yang lebih kurang seperti dipasaran sahaja, bila dibeli sebagai ahli sudah mendapat dalam 25% diskaun. Hujung bulan ada juga lagi bonusnya! Kan bijak gitu..

Ketiga: Okay, kira keadaan sudah dapat dikontrol sedikit, jika rasa-rasa nak tambah pendapatan biar lebih lega, hah, ajaklah kawan-kawan lain menjadi ahli sekali. Selain dari itu boleh juga tambahkan pendapatan dengan menjual produk-produk yang baik seperti Biovco supaya bukan sahaja menambah pendapatan, dapat juga menolong orang yang memerlukan. Untuk mengetahui kebaikan Biovco ini sila lawati http://www.maynetwork.net/biovco/ atau hubungi terus AnakMinah untuk mencuba.

Keempat: Ini yang 'killer' sikit ini. Rasa-rasanya lebih patut, bersedia dari sekarang dengan keadaah ekonomi yang kurang menyenangkan dan inflasi yang meningkat. Joinlah UPTREND!! Lawati http://linia.ui2u.com atau hantar note kepada Blogger untuk maklumat lanjut. Ia bukan skim cepat kaya, tapi memang boleh jadi kaya. Ia diuruskan oleh pihak pengurusan yang cukup mantap dan jaminan pencapaian dan sijil perniagaan sekurang-kurangnya sampai tahun 2009. Apa lagi...jom...

Untuk keterangan lanjut sila hubungi AnakMinah...

Let's live with happiness and fun by sharing them with others...

17 February, 2006

Anak-anak Minah nak kahwin!


Salam dari Anak Minah,
Nampaknya 2 orang dari ahli keluarga komuniti Mak Minah akan menamatkan zaman bujang mereka. Selepas ini cuma tinggal seorang dari sebelas orang adik beradik AnakMinah yang belum berkahwin lagi. So..., mari kita Joget seloka-seloka untuk menanti hari bahagia ini...


Cak pung...cak pung...

Anak Minah memang ramai,
Bila kenduri ramai yang sponsor,
Kira belanja tidak lah pokai,
Mewah tidak, sekadar selesa

Cak pung...cak pung...

Beli kain berkoyan-koyan,
Baju hijau menjadi temanya,
Fesyen Raihan menjadi pilihan,
Baju kurung mestilah ada !

Cak pung...cak pung...

Bunga telur untuk pelaminnya,
Kepada orangramai bungkusan gula-gula,
Nak bungkus telur banyak kerjanya,
Bungkus gula-gula keluarga Pita ada

Cak pung...cak pung...

Anak lelaki di gelar Ba'min,
Anak perempuan, Ayai dipanggilnya,
Nanti berempat naik pelamin,
Agaknya bangga Mak Minah melihatnya

Cak pung...cak pung...eewaahh!!
marriii...mari, sambung.!.

Tumbang lembu Pak Utih yg belanja,
Mak Ngah sumbang beras berguni,
Pak Uda hulur untuk ayamnya,
Bolehlah Mak Minah bergoyang kaki

Cak pung...cak pung...

Panggilan ramai diajak makan,
Kad jemputan disedia Abid&Bahar,
Nak jahit baju tak cukup tangan,
Gi tambah kain dari Nagoya

Cak pung...cak pung... yee hah!
Alaaa.. letih aa.. nak joget...

Panggilan ramai diajak makan,
Dibuat waktu sekolah cuti,
Agaknya memang sudah ditakdirkan,
Pengantin empat menjadi realiti

Kita sambung lain kali...
Salam Itu Ini Anak Minah..

10 February, 2006

Awak Melayu? Boleh b**l**h

Ini AnakMinah nak berceloteh sikit..

Dimanakah identiti melayu sekarang? Baru-baru ini dikhabarkan Utusan Melayu edisi jawi telah pun diberhentikan penerbitannya. Kalau tak dari buku-buku agama untuk pelajar-pelajar sekolah rendah, itulah sahaja sumber untuk 'bertatih' membaca tulisan melayu jawi. Bila ia sudah diberhentikan... kira tutup buku disitu. Jadi dimana lagi warisan melayu?

Dulu, kita bangga dengan kata-kata Hang Tuah, "Tidak Melayu hilang didunia". Secara biologi tu memang le tak hilang melayu walaupun dah makin banyak kacukan. Ini tak cerita lagi yang melayu tapi lebih mengagungkan cara hidup, cara pakaian, cara percakapan, cara makan semua ikut kebaratan. Konon itu yang high class!

Terutama dengan generasi muda sekarang, sejak budaya SMS berleluasa, ejaan melayu pun dah tak ikut sebenar. Contohnya, nak tulis, 'sayang' ditulis dengan 'sayunk', 'tidak bolek' ditulis 'x leh', nak tulis 'kenapa' ditulis 'naperr' dan sebagainya. Mula-mula memang main-main. Lama-lama ejaan sebenarpun ada yang dah tak tahu. Bila masuk periksa,..pening lalat!!

Satu message yang kita petik dari filem 'Nujum Pak belalang' oleh P.Ramlee. Dalam satu quiznya yang mempertaruhkan negeri. "Dimanakah tertelaknya kekuatan 'Hang Tuah' , dikerisnya kah?, ditenaganya kah?" Tahu apa jawapannya? Tentulah di huruf 'ta' nya. Sebab kalau 'ta' diganti dengan 'ba' apa bunyinya, 'Hang Buah.., emm..eemm, anda kenal Hang Buah?'. Walaupun ia satu kisah pendek dan dalam adegan jenaka, mesage nya tetap ada. Bahawa penulisan itu amat penting. Kalau diubah-ubah, hilanglah identitinya...

Jadi dimana lagi keistimewaan melayu? Dari sudut politik? Dari sudut keistimewaan bumiputra? Dari sudut pencapaian pelajaran? Pekerjaan? Kebebasan agama? Cuba cari-cari kan...

08 February, 2006

Boikot Barangan Denmark

Isu penghinaan terhadap Rasulullaah SAW dengan karikatur bermula dari akhbar Denmark nampaknya masih belum ada titik penghujung. Semakin diteliti semakin menampakkan kesahihan penghinaan itu memang dilakukan dengan terang-terangan dan dengan sengaja bertujuaan untuk memburuk-burukkan umat Islam. Konon atas dasar kebebasan bersuara. Pemimpin kita pula mengeluarkan statement yang Malaysia tidak perlu boikot barangan Denmark. Mungkin ada alasan disebalik penyataan itu. ..

Tak pa arr, itu 'Malaysia'. Kita sebagai pengguna masih berkuasa untuk boikot!!! Menurut sumber yang dipercayai, barangan Denmark menggukan barcode yang bermuka dengan 57. Sila cek, dan jangan beli! Tengok juga kalau ada tulis 'manufacture' dari mana. Denmark? Katakan tidak!!

"Siapa yang tidak cintakan Rasulullaah adalah bukan umatnya!"(Sila cek hadis berkaitan yang sahih)

"Marilah kita semua umat Islam, tanpa mengira fahaman politik dan kedudukan berkumpul bagi menyatakan bantahan terhadap penghinaan yang dibuat terhadap Junjungan Besar kita Nabi Muhamad SAW," kata Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden Pas dalam kenyataan dalam akhbar baru-baru ini.

Inilah salah satu cara untuk menunjukkan ketegasan umat Islam. Tertarik untuk berkongsi pengalaman dimana satu pengakuan dari seorang saudara yang baru masuk Islam baru-baru ini yangAnakMinah sempat saksikan, salah satu sebab yang membuatkannya dia tertarik untuk mengetahui Islam ialah bermula dengan peristiwa bantahan penghinaan kepada nabi Musa beberapa tahun dahulu oleh umat Islam. Nabi Musa, walaupun tak ada kena mengena dengan umat Islam(mengikut orang yang kurang faham) kenapa nak ambil pusing. Dari situ, akhirnya beliau sekeluarga memeluk agama Islam.

Jazakumullahhukhairan kathira..

06 February, 2006

Lawak Pendek sempena harijadi - lepas makan kek Mak Bid


Errghhh.. kenyang makan kek 'virtual' mak abid yee...

Hah, ini AnakMinah nak ucapkan selamat Hari Jadi pada keluarga ahli suku sakat AnakMinah yang baru menyambut hari jadi baru-baru ini. Yang pertama untuk Baby Aisyah yang sudah masuk dua tahun tapi masih tak berhenti nak susu -n-y-k- mama! Selamat Hari Jadi juga untuk Mak aBid dan Amir Hamzah. Semuga panjang umur dan murah rezeki.

Okaylah..Kita lawak-lawak pendek.. hadiah hari jadi Mak aBid ...layannn...

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
------------------------------------------------------

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6ringgit. Kata kedai 2 Ringgit
------------------------------------------------------

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Manakau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!
------------------------------------------------------

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
------------------------------------------------------

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah
------------------------------------------------------

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik,api rumah aku dah kena potong!
------------------------------------------------------

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids.Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orangke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...
------------------------------------------------------

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macam ni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.
------------------------------------------------------

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang sign board "SILA DATANG LAGI"

27 January, 2006

Realiti 8TV - Malaysia's Most Beautiful???




BARISAN finalis Malaysia's Most Beautiful, program realiti tv terbaru terbitan 8TV.

AnakMinah tertengok program ini semalam. Sebelum ini tak pernah perasan pun ada program realiti TV yang rupanya dah berjalan selama 3 bulan. Last-last tengok result finalnya.

Woo.. hadiahnya memang lumayan. Tapi masalahnya mengapa program seperti ini diadakan. Program macam ini bagi AnakMinah sama taraf dengan program Mencari Cinta sebelum ini. Pendapat anak kampung macam AnakMinah ini... ish.. memang tak sesuai dengan masyarakat malaysia yang Islam Hadhari. Majoriti yang kononnya cantik tu pula ramai melayu yang beria sangat...

Apa bezanya program ini dengan program ratu cantik yang sebelum ini diharamkan untuk wanita Islam?? Apa yan hendak ditonjolkan disini...personaliti wanita malaysia? cara hidup wanita malaysia?? apa yang cantiknya dari segi dalaman tu??

Tak tau lah apa nak jadi...

25 January, 2006

Dapatkan Vitamin 5C!


Vitamin C memang penting untuk kehidupan kerana ia menolong untuk antibodi yang kuat dan daya tahan dari serangan penyakit. Taklah selalu selsema dan sebagainya...Itu Ini Anak Minah cadangkan ambil lah vitamin C. Tapi kat sini AnakMinah ingin menyarankan vitamin C 'virtual' yang sama penting dari yang 'physical' itu. 5C ini AnakMinah petik dari radio baru-baru ini. Tapi ayat-ayat sendiri..

C pertama:
Cinta - Hidup mesti ada perasaan cinta. Berlandaskan cinta kepada Allah dan cinta kepada orang-orang yang kita cintai, kita juga harus mempunyai perasaan cinta kepada diri sendiri dan apa yang kita ada dan apa yang kita buat. Tengoklah macam orang-orang yang bual MLM(multi-level-marketing) tu. Kenapa mereka selalu cakap fasal produk dia orang sahaja dan kadang-kadang beria-ia. Itu sebabnya mereka percaya dan cinta kepada program dan produk tu. Dengan perasaan cinta sahaja kita boleh menolong dalam kejayaan. Kita mesti cinta kepada kerja kita, baru lah ada harapan menjadi berkat.

C kedua:
Cita-cita - Hidup juga mesti ada cita-cita. Anda bercita-cita nak jadi apa? Doktor, guru, pensyarah, engineer, hidup senang, jutawan??? Dengan adanya cita-cita baru boleh menolong dalam menentukan hala tuju. Kalau tidak ada cita-cita payah juga ya. Ehh, kita mesti tahu apa yang kita hendak. Kena set cita-cita tu. Bukan untuk sedia jawap bila ditanya cikgu masa bangku sekolah saja. Sekarang, tak kita umur mesti ada cita-cita dan matlamat hidup! Mesti!

C ketiga:
Cuba - Apa-apapun kita mesti mencuba. Kalau kita tak cuba tak tahu, samada boleh berjaya ke, boleh gagal ke. Macam budak-cudak kecil, kalau dia tengok api ke, apa ke, kita cakap sahaja jangan dia mesti tak puas hati punya. Jadi, biarkan dia cuba, kalau dah kena baru tahu. Bak kata orang kampung, hah! baru tahu langit tinggi rendah! Yang penting jangan takut untuk mencuba.

C keempat:
Cari - Mesti jangan lupa cari. Bak terminologi pasaran kata, 'cari lubang'.. Kita mesti jangan lupa mencari apa yang kita nak jumpa. Simple kata, barang kita hilang kat rumah tu, kalau tak cari sampai bila tak jumpa. Kadang-kadang bila kita cari, benda lain pula yang jumpa. Tak apa jangan risau, janji cari!!

C kelima:
Cakap - Apa sahaja yang ada dalam fikiran kita kena keluarkan dengan cakap. Istilah lain - berkomunikasi. Zaman teknologi tinggi macam sekarang ini agaknya boleh diistilahkan sebagai cakap mulut, e-mail, SMS, MMS, blog macam ini(ehek!) dan lain-lain. Yang penting luahan perasaan itu penting supaya orang lain boleh tahu apa yang kita cinta, apa yang kita cita-citakan, apa yang kita nak cari dan sebagainya.

Kesimpulan, hidup mesti ada 5C ini. Jangan lupa dapatkan vitamin 5C!!
Semuga maju jaya. Semuga hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini dan seterusnya.

Salam dari Itu Ini Anak Minah.

19 January, 2006

Apa Nak Jadi...

Keratan akhbar ini AnakMinah ambil dari e-mail yang diutuskan oleh seorang kawan AnakMinah. AnakMinah pun tak berapa pasti dari mana asalnya berita ini. Tapi, macam mana boleh jadi macam ini?

=====

SUNGAI PETANI : 8 JAN - Kehadiran lebih 100 warga tua termasuk beragama Islam berpakaian tudung kepala dan berkupiah putih yang beratur di depan sebuah kedai ramalan nombor ekor di Jalan Kampung Baru, di sini, seawal jam 9.00 pagi, menimbulkan kehairanan orang ramai.
Berasakan sesuatu yang pelik, mereka menghubungi pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM) kemudian menghantar sepasukan pegawai diketuai Kamaruddin Kassim dibantu Said Hussain dan Zaiferi Zainol Abidin, bagi menyiasat perkara itu. Warga tua beratur beramai-ramai memasuki kedai nombor ekor TOTO tidak pernah dilihat sebelum ini lalu orang ramai menghubungi pegawai penguatkuasa bagi melakukan siasatan. Pegawai penguatkuasa siasatan bergegas ke situ mendapati ramai warga tua beragama Islam lelaki dan perempuan beratur menunggu giliran memasuki permis itu. Tidak puas hati dengan situasi itu, Kamaruddin bertanyakan kepada petugas kaunter di premis berkenaan dan diberitahu semua warga tua terbabit berumur 50 tahun ke atas adalah penerima 'wang ehsan' daripada pengurusan premis judi itu. Terdapat seorang wanita melayu yang sedang menjalani perkhidmatan pengangkutan untuk mengambil dan menghantar warga tua perempuan Islam yang miskin dari kawasan penginapan Flat Paya Nahu. Hasil siasatan mendapati warga tua Islam berumur antara 50 hingga 80 tahun itu beratur untuk mendapatkan baucer yang ditandatangani pengurusan premis judi itu bernilai RM20 yang boleh dituntut pada 12 Januari 2006, jam 3.00 - 4.00 petang, bertempat di Dewan Persatuan Pemuda Lim See Chong Soo, Jalan Kampung Baru, Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah. Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi Haji Salleh, ketika dihubungi berkata, setiap warga Islam dilarang menerima wang daripada judi. Lebih-lebih lagi perbuatan mereka itu boleh mencemarkan nama baik Islam di kalangan masyarakat bukan Islam. PAS Sungai Petani sungguh kecewa dengan kejadian ini dan meminta Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM) memantau permis judi di kawasan sungai petani agar mereka tidak biadap .

12 January, 2006

Selamat Hari Raya korban - Berkorban atau terkorban

Salam buat pembaca-pembaca budiman,
AnakMinah agak sibuk kebelakangan ini maklumlah cuti hari raya Aidil Adha, tak sempat nak mencoret sepatah dua. Diharapkan tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Idil Adha untuk semua.

Hari Raya inilah hari yang bermacam wajah dan makna. Hari Raya yang kalau diamati dan diteliti amat besar maknanya. Secara kasar sahaja kita tengok kalau hari raya Idil Fitri, takbirnya hanya dari malam raya sampai sembahyang raya sahaja. Selepas itu tak ada apa. Cuma nak raya sakan-sakan sampai sebulan. Walaupun sebenarnya satu hari sudah cukup... Termasuklah AnakMinah, ada 'extended' hari raya pulak itu nak buat gathering sebab tak cukup hujung minggu nak buat 'open house' dan sebagainya. Tak salah.. tapi mereng sikitlah gamaknya..

Tapi Hari Raya Idil Adha takbir dan ibadah korban nya satu hari dan tambah tiga hari lagi (hari tasyrik) dan haram berpuasa pada hari-hari itu. Maknanya sepatutnya raya lagi sakan!. Apa tak nya, kalau Idil Fitri, satu hari jadi satu bulan, Idil Adha, satu hari tambah 3 hari lagi jadi hingga empat bulan.. huhh???

Mungkin masyarakat kita ini tak berapa nampak. Maklumlah ada yang kata Hari Raya ini hanya untuk orang yang pergi haji sahaja. So, orang-orang yang tak pergi haji ini tak payah nak sambut sangat pun tak apa. Ada pulak segolongan yang menterjemahkannya sebagai Hari Raya Korban. Jadi orang yang tak korban dan, ehek, yang tak dapat kongsi daging korban tak beraya lah ya.. Boleh dibilang lah kiranya berapa orang yang beli baju baru khas untuk raya ini.. satu.. dua.. habis?

Tiada lagu raya, tiada 'sale' besar-besaran. Nak pergi sale pun duit dah banyak habis untuk belanja sekolah. Baru buka tu..

Tapi kita tak boleh nak salahkan sesiapa atau keadaan. Cuma, mungkin kita boleh fikir-fikirkan, adakah sesuatu pengorbanan yang dilakukan itu lebih untuk terkorban. Senang cerita contoh, berkorban belikan motor besar untuk anak yang tak pun berapa besar pun, sheeiung (sound efek motor laju) sana sheeiiiung ini.. jadi mak rempit, akhirnya terkorban dijalan raya...
Apa cerita!

SELAMAT HARI RAYA IDIL ADHA!
MAAF ZHAHIR DAN BATIN
Tak balik kampung pun, yang duduk kampus pun tak balik...

06 January, 2006

Termenung sekejap..

AnakMinah, kenapa termenung tu? Eh, terkejut AnakMinah dibuatnya dari lamunan. Sebenarnya bukan apa, AnakMinah tengah memikirkan apa pulak lah nak jadi hari ini. Bencana alam sana, bencana alam sini. Kita duduk dalam dunia ini sebenarnya tak ada tempat yang selamat.

Kenapa pulak AnakMinah kata gitu? Apa tidaknya, kita tak usah cakaplah pasal kes-kes buatan orang macam pembunuhan, accident dan sebagainya. Yang tu clear atas kesilapan dan kelalaian manusia. Cuma satu dua sahaja yang kita dengar kes 'mati katak'. Kira kena musibah tanpa sebab. Tapi kalau diteliti dan diselidik tetap ada sebab dan musababnya.

Yang AnakMinah tengah menungkan ini ialah pasal 'serangan alam' dari semua arah dalam dunia ini. Tahun lepas serangan dari tepi atau dari laut. Apa lagi , yang AnakMinah maksudkan kalau bukan Tsunami. Bayangkan apa mangsa-mangsa tu rasa masa tu. Tetiba sahaja macam ada air kejar dari laut.

Lepas itu sepanjang tahun lepas serangan dari dalam perut bumi. Gempa bumi sana sini. Dahsyat juga bila dibayangkan mangsa yang kena gempa bumi tu, sekarang kena pula musim sejuk. Nasib antara hidup dan mati bak kata mat saleh, very thin line!

Belum sempat reda dengan serangan dari perut bumi sekarang sebuk pula serang dari atas langit. Tenguk sahaja banjir yang kita alami akibat hujan lebat sikit baru-baru ini. Di Jepun, India dan kat mana tu yang tempat ice-skating bumbungnya runtuh akibat salji yang terlalu tebal tu. Kematian sana-sini. Keadaan ini juga masih belum reda lagi..

Tiba-tiba pula tu kita dikejutkan dengan runtuhan-runtuhan tanah dan bangunan dan sebagainya. Tengok sahaja dalam berita semalam tanah runtuk menimbuskan sekurang-kurangnya 200 orang dengan tiba-tiba. Itu AnakMinah 'describekan' sebagai serangan atas daratan. Entah apa lagi selepas ini.

Moral of the story, AnakMinah nak ingatkan diri AnakMinah dan sedara-mara, kawan-kawan sekelian, ingatlah itu semua datang dari Tuhan. Anggaplah ia sebagai ingatan bahawa Allah Maha Berkuasa dan dia Wujud dan mengetahui segala-galanya. Kita hadapkan diri pada Allah dan menyerahkan dan dan memperhambakan kepada Nya. Semuga mendapat rahmatNya.

Aaminn...

03 January, 2006

Selamat Tahun Baru

Setelah bercuti sekolah panjang dan sebuk dengan hari-hari perayaan dan tahun baru, akhirnya dapat juga kita bertemu kembali.

AnakMinah ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru. Semuga tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun-tahun yang lepas dan memberikan peningkatan diri. Sebenarnya bukan tahun baru itu yang harus diraikan kerana ianya bukan tahun baru kita yang beragama Islam. Tetapi walau apapun yang kita buat, walau apapun yang kita falsafahkan, dunia hari ini tidak dapat lari dari menyedari akan wujudnya impak tahun baru ini. Bagaimana? Ya lah, sistem pengurusan, pemerintahan, perbankan, perniagaan dan apa-apapun dalam negara kita ini mengambil sempena kalendar Masihi ini. Ada ke syarikat-syarikat yang membuat penutupan akaun misalnya yang mengikut kalendar Hijrah dekat-dekat sini? Tak pernah dengar pula? Berapa ramai yang menyambut hari jadi contohnya, mengikut kalender Islam? Tak biasa juga dengar. Jagi memang sukar untuk lari dari sistem yang berasaskan Masihi ini. Cuma yang boleh dipertikaikan ialah cara ianya disambut. Apa erti sebenarnya kalau kita sambut dengan membakar bunga api berdentam dentum? Apa erti sebenarnya kalau kita sambut dengan konsert besar-besaran hingga dekat subuh baru nak tidur? Sembahyang subuh tak ler pulak? Cuba fikir-fikirkan...

Tapi AnakMinah suka kalau sambutan tahun bari disambut denga azam baru untuk mengambil sempenanya. Rasanya tak salah. Memang sepatutnya kita sentiasa mempunyai keazaman untuk lebih baik dihari esok berbanding dengan hari ini. Kebetulan bila kalender ditukar baru, semuanya baru, kita mulakan hari baru...cantikkk!!! Ala-ala anak-anak yang baru pergi sekolah hari ini yang rata-rata berpakaian serba baru. Semangat gitu! He.. he, seminggu dua lagi, comotlah..

Jadi, apa azam anda?
Selamat Berjaya dan Kita Jumpa DiPuncak Kejayaan!
dari Itu Ini Anak Minah.