02 August, 2006

Drama Melayu - apa yang hendak diketengahkan?

Secara rambang, AnakMinah cuba tanya-tanya kawan-kawan sekeliling, dalam banyak-banyak rancangan TV, rancangan apa yang mereka minat. Majoriti yang menjawab, rancangan atau cerita-cerita dari baratlah! Kalau kategori drama, mak cik-mak cik ramai yang suka 'telenovela'. Kalau movie tu, cerita hindustan memang tengok nangis-nangis punya lah! Kalau part hiburan, Akademi Fantasia itu ramai yang tahu!

Tapi yang AnakMinah nak bincang sikit kat sini ialah tentang drama-drama dan cerita-cerita melayu yang dipaparkan diTV saban hari(selain dari yang bersiri seperti Gerak Khas dan sebagainya). Seingat-ingat AnakMinah dari dulu sampai sekarang drama melayu ini stereotype sahaja...kisah pergolakan rumah tangga, gaduh-gaduh, rebut harta, rebut anak, kalau lawak, lawak bodoh, dengki mendengki dan sebagainya. Tidak banyak nilai-nilai kemelayuan terutamanya keislaman yang dibawa bersama. Tidak ada nilai-nilai yang betul-betul yang boleh dipertahankan. Atau itukah sahaja sebenarnya nilai-nilai orang melayu. Apa yang dipaparkan melambangkan apa yang ada dari hati dalaman.. yang kosong dan lompong!!

Minta maaflah kalau pembaca ada dari kalangan penerbit, penulis atau pelakun-pelakun. Tapi AnakMinah betul-betul muak dengan konsep-konsep yang selalu diketengahkan. Bila nak tunjuk seseorang itu alim, mesti ada adengan semasa nak dekat habis-habis sembahyang tu, dan memohon doa sampai nangis-nangis... tetapi apa yang didoakan hanya kerana kesempitan, bukan kerana ketakwaan pada Allah. Begitu juga adegan-adegan depan kubur untuk menunjukkan penyesalan.

Itu sahaja! Selain itu yang banyak diketengahkan ialah pergaduhan dan pergolakan.. Ini yang yang hebatnya agaknya. Dengan mimik muka yang bengis, tengking-menengking, tolak menolak, dengan perkataan-perkataan yang tak biasa didengar dalam keadaan biasa.. Pelakun rasa syok sendiri sahaja yang lakunannya hebat. Lagi nampak jahat lagi bagus! Sekali lagi apa nilai-nilai yang hendak diketengahkan! Jadi jangan marah lah kalau orang cepat sahaja menukar channel, tengok cerita cina, tengok cerita kartun lagi baik! Bukan nak kata orang melayu ini tak pandai buat drama. Cuba tengok cerita lama-lama tu, cerita P. Ramlee terutamanya, kenapa orang tak puas-puas menonton? Tengok bagaimana cerita hindi, walaupun berjam-jam, ramai yang tetap terpaku menonton? Tidak lain ada yang perlu dipegang dan diketengahkan.


Sebagai kesimpulan AnakMinah nak kata yang institusi penerbitan drama dan lakunan-lakunan melayu telah tersasar dari focus. Cuma lebih nak menengahkan 'skill' lakunan daripada nilai-nilai hidup yang perlu dipertahankan. Jauh lagi nilai-nilai keagamaan. Didoakan ianya akan berubah demi anak bangsa dan agama!

No comments: