19 January, 2006

Apa Nak Jadi...

Keratan akhbar ini AnakMinah ambil dari e-mail yang diutuskan oleh seorang kawan AnakMinah. AnakMinah pun tak berapa pasti dari mana asalnya berita ini. Tapi, macam mana boleh jadi macam ini?

=====

SUNGAI PETANI : 8 JAN - Kehadiran lebih 100 warga tua termasuk beragama Islam berpakaian tudung kepala dan berkupiah putih yang beratur di depan sebuah kedai ramalan nombor ekor di Jalan Kampung Baru, di sini, seawal jam 9.00 pagi, menimbulkan kehairanan orang ramai.
Berasakan sesuatu yang pelik, mereka menghubungi pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM) kemudian menghantar sepasukan pegawai diketuai Kamaruddin Kassim dibantu Said Hussain dan Zaiferi Zainol Abidin, bagi menyiasat perkara itu. Warga tua beratur beramai-ramai memasuki kedai nombor ekor TOTO tidak pernah dilihat sebelum ini lalu orang ramai menghubungi pegawai penguatkuasa bagi melakukan siasatan. Pegawai penguatkuasa siasatan bergegas ke situ mendapati ramai warga tua beragama Islam lelaki dan perempuan beratur menunggu giliran memasuki permis itu. Tidak puas hati dengan situasi itu, Kamaruddin bertanyakan kepada petugas kaunter di premis berkenaan dan diberitahu semua warga tua terbabit berumur 50 tahun ke atas adalah penerima 'wang ehsan' daripada pengurusan premis judi itu. Terdapat seorang wanita melayu yang sedang menjalani perkhidmatan pengangkutan untuk mengambil dan menghantar warga tua perempuan Islam yang miskin dari kawasan penginapan Flat Paya Nahu. Hasil siasatan mendapati warga tua Islam berumur antara 50 hingga 80 tahun itu beratur untuk mendapatkan baucer yang ditandatangani pengurusan premis judi itu bernilai RM20 yang boleh dituntut pada 12 Januari 2006, jam 3.00 - 4.00 petang, bertempat di Dewan Persatuan Pemuda Lim See Chong Soo, Jalan Kampung Baru, Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah. Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi Haji Salleh, ketika dihubungi berkata, setiap warga Islam dilarang menerima wang daripada judi. Lebih-lebih lagi perbuatan mereka itu boleh mencemarkan nama baik Islam di kalangan masyarakat bukan Islam. PAS Sungai Petani sungguh kecewa dengan kejadian ini dan meminta Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM) memantau permis judi di kawasan sungai petani agar mereka tidak biadap .

No comments: