15 May, 2006

Persamaan Atau Keadilan??

AnakMinah nak mengomel sikit tentang isu yang dikira masih diperkatakan dan diperbahaskan ini. Baru-baru ini keluar pula isu yang sewaktu dengannya tentang isu suami menjadi suri rumah, dan isteri bekerja diluar..

Kaum wanita dikatakan melaungkan hak persamaan, tetapi sebahagian yang lain mengatakan yang dilaungkan ialah hak keadilan. Mana yang betul dan mana yang benar? Memang ramai yang tidak berapa faham atau sengaja buat-buat tak faham. Kalau nak dibahaskan mungkin tak habis-habis. Tapi blog ini AnakMinah gunakan untuk meluahkan rasa hati AnakMinah yang tersangkut-sangkut. Kebetulan pula ditempat kerja AnakMinah baru sahaja diadakan rombakan 'terms and condition' yang kononnya untuk melayani tuntutan hak persamaan yang dilaungkan oleh kaum wanita. Sebahagian dari perubahan-perubahan itu adalah seperti berikut:

1. Wanita diberikan elaun perubatan diri dan anak-anak sekali(tapi tak masuk suami). Sebelum ini hanya untuk diri sendiri sahaja. Ini AnakMinah tak kisah, memang sepatutnya diberi dari dulu lagi. Tapi kenapa bila lelaki boleh 'cover' isteri sekali, wanita tidak. Ada kemusykilan disini.
2. Dikurangkan umur bersara untuk lelaki dari 60 tahun ke 55(supaya sama dengan wanita?).
3. Tidak ada lagi elaun 'maternity' untuk wanita (supaya sama dengan lelaki, sebab lelaki tak ada elaun maternity). Ni apa cerita - orang lelaki boleh mengandung ke?

Cukuplah setakat itu untuk mendapat senarionya. Ini sahaja sudah dapat membayangkan betapa cara isu hak persamaan tidak dapat ditangani dengan jelas.

Berbalik kepada isu suami duduk dirumah dan isteri keluar mencari kerja diluar. Rata-rata 'on paper' dikatakan isteri keluar bekerja untuk 'membantu tanggungan suami'. Atau, adakah ianya patut ditulis semula, isteri keluar bekerja untuk 'menanggung semua perbelanjaan diri dan rumah' kecuali diri suami?

Dari kecil pun rata-rata anak lelaki nampak semacam diberikan keistimewaan. Tidak payah kerja teruk sangat. Bila nak membantu atau buat kerja-kerja rumah, itu tanggungjawap anak perempuan - sebab kononnya memang anak perempuan kena belajar itu semua. Memang situasi di Malaysia sekarang(tak pasti di negara lain), yang wanita nya rata-rata berpendidikan tinggi dari lelaki. Peluang asas pembelajarannya sama, cuma bila masuk periksa keputusannya macam itu. Memang wajar wanita bekerja kerana boleh mendapat pekerjaan yang baik. Habis, apa jadi dengan lelaki, tidak mengapa kelulusan tidak tinggi?, tidak mengapa tidak bekerja? Kalau nak belajar pun senang nak masuk dari perempuan, walaupun keputusan tidak tinggi. Kalau bekerja pun senang diterima dan dapat keistimewaan dari perempuan, walaupun kelulusan setakat mana.. Tapi akhirnya perempuan yang kena bekerja, dan menanggung keluarga. Kalau begini, bila tenaga lelaki yang di'reserve' dari kecil harus digunakan?

Mungkin coretan AnakMinah ini menimbulkan kontroversi. Tapi memang masa untuk kesedaran harus ada sekarang. Inilah akibat apabila manusia cuba lari dari asas perundangan islam yang sedia lengkap ada, diadakan pula perundangan seperti Akta Undang-Undang Keluarga Islam dan sebagainya...

1 comment:

Anonymous said...

Super color scheme, I like it! Good job. Go on.
»