03 January, 2006

Selamat Tahun Baru

Setelah bercuti sekolah panjang dan sebuk dengan hari-hari perayaan dan tahun baru, akhirnya dapat juga kita bertemu kembali.

AnakMinah ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru. Semuga tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun-tahun yang lepas dan memberikan peningkatan diri. Sebenarnya bukan tahun baru itu yang harus diraikan kerana ianya bukan tahun baru kita yang beragama Islam. Tetapi walau apapun yang kita buat, walau apapun yang kita falsafahkan, dunia hari ini tidak dapat lari dari menyedari akan wujudnya impak tahun baru ini. Bagaimana? Ya lah, sistem pengurusan, pemerintahan, perbankan, perniagaan dan apa-apapun dalam negara kita ini mengambil sempena kalendar Masihi ini. Ada ke syarikat-syarikat yang membuat penutupan akaun misalnya yang mengikut kalendar Hijrah dekat-dekat sini? Tak pernah dengar pula? Berapa ramai yang menyambut hari jadi contohnya, mengikut kalender Islam? Tak biasa juga dengar. Jagi memang sukar untuk lari dari sistem yang berasaskan Masihi ini. Cuma yang boleh dipertikaikan ialah cara ianya disambut. Apa erti sebenarnya kalau kita sambut dengan membakar bunga api berdentam dentum? Apa erti sebenarnya kalau kita sambut dengan konsert besar-besaran hingga dekat subuh baru nak tidur? Sembahyang subuh tak ler pulak? Cuba fikir-fikirkan...

Tapi AnakMinah suka kalau sambutan tahun bari disambut denga azam baru untuk mengambil sempenanya. Rasanya tak salah. Memang sepatutnya kita sentiasa mempunyai keazaman untuk lebih baik dihari esok berbanding dengan hari ini. Kebetulan bila kalender ditukar baru, semuanya baru, kita mulakan hari baru...cantikkk!!! Ala-ala anak-anak yang baru pergi sekolah hari ini yang rata-rata berpakaian serba baru. Semangat gitu! He.. he, seminggu dua lagi, comotlah..

Jadi, apa azam anda?
Selamat Berjaya dan Kita Jumpa DiPuncak Kejayaan!
dari Itu Ini Anak Minah.

No comments: