23 May, 2006

Orang Malaysia ada 'double personality'? renongkanlah!

Baru-baru ini tercatat dalam akhbar yang dikatakan mengikut kajian kebanyakan rakyat Malaysia hidup tertekan lalu mengalami gangguan emosi berikutan dengan isu kenaikan harga barang.. Emmm, mungkin ada benarnya.

Ini ada satu persoalan. Adakah rakyat Malaysia kebanyakannya mempunyai masalah sakit 'double personality'? AnakMinah rasa ramai yang faham tentang istilah ini. Mungkin ada yang sudah menonton sekali dua cerita-cerita dalam TV tentang kes ini. Bunyi memang agak mengerikan. Tapi bagaimana kalau AnakMinah jawab 'YA' kepada persoalan itu.

Exhibit 1:
Cuba kita lihat rata-rata masyarakat Malaysia dikatakan bersopan santun, beradap sopan dan ketimuran. Entah orang puji atau tidak, kita pun selalu masuk bakul angkat sendiri.
Ok. Kita terima usul itu.
Tapi apa terjadi kalau orang yang sama, diberikan sebuah kereta dan memandu dijalan raya. Tiba-tiba sahaja seolah-olah orang itu sudah bertukar personaliti. Dari yang baik, peramah dan bersopan santun, sudah bertukar menjadi rakus dan cepat pemarah. Selalu sahaja kereta itu, motor disana atau lori disini yang salah. Sumpah seranah, maki hamun adalah lumrah. Pantang sekali orang bunyikan hon.. menyinga! Pantang silap sedikit, sudah boleh melenting. Pantang tercabar sedikit sudah menjadi bengis. Bila-bila masa boleh jadi pergaduhan, bila-bila masa sudah boleh jadi pembunuhan! Hanya kerana apa, hal sedikit sebab tercabar dijalan raya!

Sekarang boleh setuju kalau AnakMinah kata masyarakat Malaysia ada dua personaliti? Terima sahajalah kenyataan ini.

Sebab-sebab:
1. Kita rasa orang lain itu kita tak kenal
2. Sebab yang kita nampak hanya kenderaan yang dipandu bukan orangnya
3. Kita anggap orang lain itu tak nampak kita didalam kereta dan tak kenal kita
4. Kita rasa gabrah semasa memandu, semacam kereta yang kontrol kita

Exhibit 2:
Dizaman ICT ini, e-mail, sms, chat, itu dan ini memang sudah menjadi lumrah. Perantaraan ini sudah menjadi kebiasaan. Alat ini juga sudah menjadi alat untuk menyamaran, pemfitnahan, kecurian dan sebagainya..

Sebab-sebab? Boleh AnakMinah kata sama sahaja dengan sebab-sebab diatas?

Jadi boleh AnakMinah buat kesimpulan terjadinya masalah dua personaliti ini kerana sebab-sebab tersebut? Jika begitu, AnakMinah syorkan, cubalah ubah sikap, ubati masalah dua personaliti itu. Nak jumpa doktor psikologi? Mungkin perlu. Tapi AnakMinah rasa pemikiran kita ini boleh dilatih untuk menjadi 'cool' dan matang. Kalau semua orang mempunyai kesedaran begitu, barulah dikata hidup menjadi aman, damai dan sejahtera..

Cuba-cubalah:
1. Orang lain itu kita tak kenal - Anggaplah semua orang itu saudara kita, kawan-kawan kita yang kita kenal. Ajaran Islam mengatakan, berbuat baik lah sesama umat( ..hablu minannas..)
2. Sebab yang kita nampak hanya kenderaan yang dipandu bukan orangnya - Pastikan kita sedar disebalik kenderaan atau internet/alat komunikasi itu, ada insan yang sebenar. Kita kena pandang satu step kedepan sedikit, mesti nampak pemandunya, orang seperti kita. Tak susah.
3. Kita anggap orang lain itu tak nampak kita didalam kereta dan tak kenal kita - Anggaplah diri ini glamour dan setiap perbuatan kita dilihat oleh peminat kita. Malulah kalau nak berkelakuan tak senonoh!
4. Kita rasa gabrah semasa memandu, semacam kereta yang kontrol kita - Jangan takut. Kita manusia. Kita yang mereka dan membuat(dengan izin Allah) kenderaan dan alat-alat perhubungan itu. Kita boleh kontrol dia, dan dia tak boleh kontrol kita. Tawakkaltu 'alallah..

Kembali kepada fitrah...

No comments: