Ini AnakMinah nak berceloteh sikit..
Dimanakah identiti melayu sekarang? Baru-baru ini dikhabarkan Utusan Melayu edisi jawi telah pun diberhentikan penerbitannya. Kalau tak dari buku-buku agama untuk pelajar-pelajar sekolah rendah, itulah sahaja sumber untuk 'bertatih' membaca tulisan melayu jawi. Bila ia sudah diberhentikan... kira tutup buku disitu. Jadi dimana lagi warisan melayu?
Dulu, kita bangga dengan kata-kata Hang Tuah, "Tidak Melayu hilang didunia". Secara biologi tu memang le tak hilang melayu walaupun dah makin banyak kacukan. Ini tak cerita lagi yang melayu tapi lebih mengagungkan cara hidup, cara pakaian, cara percakapan, cara makan semua ikut kebaratan. Konon itu yang high class!
Terutama dengan generasi muda sekarang, sejak budaya SMS berleluasa, ejaan melayu pun dah tak ikut sebenar. Contohnya, nak tulis, 'sayang' ditulis dengan 'sayunk', 'tidak bolek' ditulis 'x leh', nak tulis 'kenapa' ditulis 'naperr' dan sebagainya. Mula-mula memang main-main. Lama-lama ejaan sebenarpun ada yang dah tak tahu. Bila masuk periksa,..pening lalat!!
Satu message yang kita petik dari filem 'Nujum Pak belalang' oleh P.Ramlee. Dalam satu quiznya yang mempertaruhkan negeri. "Dimanakah tertelaknya kekuatan 'Hang Tuah' , dikerisnya kah?, ditenaganya kah?" Tahu apa jawapannya? Tentulah di huruf 'ta' nya. Sebab kalau 'ta' diganti dengan 'ba' apa bunyinya, 'Hang Buah.., emm..eemm, anda kenal Hang Buah?'. Walaupun ia satu kisah pendek dan dalam adegan jenaka, mesage nya tetap ada. Bahawa penulisan itu amat penting. Kalau diubah-ubah, hilanglah identitinya...
Jadi dimana lagi keistimewaan melayu? Dari sudut politik? Dari sudut keistimewaan bumiputra? Dari sudut pencapaian pelajaran? Pekerjaan? Kebebasan agama? Cuba cari-cari kan...
No comments:
Post a Comment