09 December, 2005

Health Check!

STROK/ANGIN AHMAR:


Setiap tahun, terdapat seramai 40,000 - 50,000 orang penduduk Malaysia diserang strok (80% berbangsa Cina). Setiap hari, purata seramai 137 orang yang diserang penyakit tersebut.

KENCING MANIS:

Kajian penyelidikan tahun 2000, menjangka bahawa pada tahun 2005, 25% daripada penduduk di Malaysia akan diserang penyakit kencing manis.

SAKIT JANTUNG:

Sepanjang sepuluh tahun iaitu dari 1990 hingga 2000, mangsa penyakit jantung meningkat sebanyak 46%. Tahun 2000 sahaja, 103,512 mangsa penyakit jantung dan dari jumlah itu seramai 7,037 telah meninggal dunia akibat sakit jantung. Ini menunjukkan bahawa purata seramai 287 orang diserang penyakit jantung pada setiap hari.

KANSER:

Setiap tahun, 9 juta orang mengidap penyakit barah atau kanser ini.
Seramai 5 juta dari jumlah itu telah meninggal dunia akibat jangkitan penyakit barah.

Di Malaysia, kira-kira 30,000 - 40,000 orang mengidap penyakit barah setiap tahun dan ini menunjukkan bahawa purata 109 orang dijangkiti penyakit barah setiap hari.


Risiko sakit jantung

PENYAKIT jantung masih menjadi pembunuh utama rakyat Malaysia.
Banyak sebab yang menyumbang senario ini dan antara faktor utama tabiat rakyat Malaysia yang malas bersenam dan kuat merokok selain faktor genetik.

Malah penyelidikan membuktikan menghisap rokok adalah faktor utama mempercepatkan sakit jantung.

Sakit jantung terbahagi kepada penyakit jantung koronari, penyakit injap jantung dan penyakit jantung kongenital. Apabila serangan jantung berlaku darah beku dalam saluran jantung akan menyekat seluruh darah ke jantung, mengakibatkan otot jantung mulai mati.

Walaupun ada kes sakit jantung tidak ada menunjukkan sebarang tanda, tetapi secara keseluruhannya, pesakit akan merasakan dadanya terhimpit dan sesak, berpeluh walaupun tidak sejuk, loya dan pening, pendek nafas dan akhirnya berlaku kematian secara mengejut.

Malah jika anda tidak merokok pun dan tidak pula ada tanda-tanda serangan jantung, anda masih berpotensi untuk diserang sakit jantung jika anda berhadapan dengan masalah diabetes. Risiko serangan jantung bertambah tinggi jika anda memiliki sejarah serangan jantung dan tidak meninggalkan amalan menghisap rokok.

Pencegahan daripada serangan sakit jantung sebenarnya bermula daripada kesedaran dan kefahaman diri sendiri. Jika dilihat secara sekali imbas, kolesterol memang boleh dikurangkan dengan pelbagai kaedah. Antaranya diet yang membawa kepada pengurangan sebanyak tujuh peratus, senaman (tujuh peratus), rawatan (60 peratus) dan kolesterol dialisis (70 peratus).

Pengarah Yayasan Jantung Malaysia yang juga Perunding kardiologi, Datuk Dr Khoo Kah Lin berkata, rawatan mengurangkan kolesterol membawa manafaat kardiovaskular yang penting selain memberi faedah tambahan kepada pesakit yang sedang menerima rawatan biasa.

"Kajian ini memberikan doktor kefahaman baru mengenai cara-cara menguruskan pesakit yang mempunyai tahap risiko tinggi secara berkesan khususnya mereka yang gagal mencapai tahap kolesterol yang disyorkan,"

Kebanyakan mereka juga sedang menerima terapi pengurangan kolesterol yang mempunyai tahap kolestrol LDL antara 2.6mmol/L atau 5.2mmo/L manakala pesakit yang tidak menerima sebarang terapi pengurangan kolesterol mempunyai tahap kolestrol LDL antara 3.2 mmol/L dan 6.5 mmol/L. 72 peratus daripada pesakit yang menerima rawatan pengurangan kolestrol mencapai tahap kolesterol LDL di bawah 2.6 mmol/L yang disyorkan berbanding 40 peratus daripada pesakit yang menerima rawatan biasa.

"Keputusan ini menyokong keberkesanan pengurangan kolestrol kerana terdapat pengurangan ketara dalam kejadian kardiovaskular pada seluruh julat dos 10-80 mg di kalangan pesakit yang menghadapi risiko sakit jantung yang lebih tinggi," kata Dr Khoo.


Apa, anda masih merokok... emmm...

3 comments:

Anonymous said...

Amalkanlah penjagaan kesihatan dengan berbalik kepada petua-petua datok menek, seperti makan ulam, sayur-sayuran dan herba-herba untuk kesihatan. Jangan over sangat dengan makanan segera tu..

Anonymous said...

Pastikan buat health check selalu... peventive is better than cure..

Anonymous said...

Carilah ubat-ubatan tradisional dan makanan suplement yang menguatkan antibody badan...