06 December, 2005

Ayam bermacam ayam, hantu bermacam hantu

Ayam, bermacam ayam, ada ayam telur, ayam goreng, ayam A1..
Hantu pun bermacam hantu..ada hantu polong, hantu raya, hantu pontianak harum sundal malam II.... dan yang paling menyeramkan ialah pengundi hantu yang berada dalam bas berhantu...

Dari kenyataan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abd. Rahman menyatakan bas yang ditahan pada malam sebelum dan sehingga pagi hari pilihanraya adalah bas pelancong dari luar Kelantan untuk melihat perjalanan pilihanraya kecil DUN Pengkalan Pasir. Hebat juga ya pilihanraya ini sampai 20 buah bas datang berduyun-duyun hanya nak 'menyaksikan' pilihanraya ini. Ala-ala nak tengok konsert Mawi ini... Ini hantu yang dapat dikesan, yang tak dapat dikesan macam mana?

AnakMinah tak mahu campur hal-hal berbau politik ini. Tapi kalau banyak hantu dalam Malaysia ini, ee... seram tuu...

Kalau benar begini, h...apa punya ketelusan? Jangan asyik nak telus tengok wayang bogel free sahaya(kes tahanan wanita disuruh bogel dan ketuk ketampi), kena lah telus secara menyeluruh.

Apa pendapat anda?

2 comments:

Anonymous said...

Memang menyeramkan!!! Yang mati hidup semula pergi mengundi pun ada.. Saya ingatlah, dalam 30 tahun lagi, dia orang boleh buat filem berhantu ini.. kisah benar lagi... sure laris filem oooo...

Anonymous said...

Itulah.. ketelusan kes tahanan itu pun ada something wronglah... kalau tahanan tu rakyat cina kira kes besarrr.. tapi bila tahanan itu terbukti bukan rakyat cina, melayu pulak tu.. kira sikit punya hal kira..