
Okay, boleh sesiapa angkat tangan, siapa suka menunggu! (Macam tak ada response saja!). Saya tanya lagi sekali, boleh angkat tangan, siapa yang TAK suka menunggu? (Oooo.. ramainya...).
Tidak hairan kalau kita buat kajian dan tanya 'Apakah yang anda paling tidak suka?' . Saya kira mesti ada yang menjawab, 'menunggu'. Malah tak pernah lagi saya dengar dalam dunia ini orang yang hobinya 'menunggu'.
Menunggu adalah sesuatu keadaan yang selalu menyeksakan. Bayangkan seorang kekasih menuggu temannya ditempat yang telah dijanjikan. Bila teman tak kunjung tiba satu penyiksaan dirasakan. Bila orang yang ditunggu akhirnya sampai, rasa lega dalam hati walaupun ada selalunya tak tergambar apabila muka masam, marah-marah dahulu yang keluar kerana telah penat menunggu. Begitu juga dalam keadaan lain, menunggu biasanya membawa erti seolah-olah sesuatu yang terpaksa dibuat, dan tak ada benda lain yang boleh dibuat.
Memang hidup sehari-hari tidak dapat dinafikan keadaan menunggu tidak dapat dielakkan. Sebagai contoh, menunggu anak bangun tidur, menunggu anak siap mandi, menunggu anak balik sekolah, menunggu bas, menunggu keputusan tender, menunggu gaji, menunggu itu dan ini.
Sebagai motivasi Itu Ini Anak Minah kali ini apa kata kita jadikan menunggu itu satu proses latar belakang sahaja. Bagi yang biasa dengan istilah ICT yang dipanggil 'multitasking' , multi-threading' dan sebagainya mungkin boleh faham apa yang dimaksudkan. Menunggu ini boleh dihantar kepada 'background processing'. Itu salah satu sebab mengapa komputer boleh memproses maklumat yang banyak dan pantas.
Dalam erti kata waktu yang digunakan untuk menunggu itu digunakan untuk proses yang lain. Sebagai contoh, seseorang yang sedang menunggu bas, janganlah asyik menungkat dagu untuk menunggu bas itu. Tentu bosan bukan main. Masa pun terbuang dengan sia-sia. Apa kata dapatkan senaskah akhbar,majalah atau novel untuk dibaca. Kalau malu nak membaca(walaupun sepatutnya megah), apa kata main game dalam handphone tu ke. Sekurang-kurangnya sekarang ada dua kerja (menunggu dan membaca) dapat dilakukan pada satu masa. Apa kata, kalau dapat mendengar lagu atau kaset ceramah ke sekali, woo, itu sudah tiga kerja dalam satu masa. Macam-macam sebenarnya boleh dilakukan kalau fikiran diberikan sedikit peluang untuk lebih kreatif.
Itu sebagai satu contoh yang senang. Dalam apa jua keadaan sekalipun, menunggu boleh dijadikan proses latar belakang, dan banyak lagi pekerjaan boleh dilakukan dalam satu masa atau satu hari. Hanya orang yang malas sahaja sebenarnya yang selalu banyak helah.
Kalau begini tak heranlah kira kalau kita tengok ada orang yang bekerja, melanjutkan pelajaran, buat tution, buat pula business sambilan, membeli keperluan rumah, menyiapkan kerja-kerja rumah, berkebun, memasak, menjahit, menyusukan bayi, tengok TV dan bermacam-macam lagi dalam satu jangkamasa.
Ada kawan AnakMinah macam ini lah... Ada pula kawan AnakMinah yang lain, tengok TV sahaja sudah habis satu hari... Jangan marah!