Vitamin C memang penting untuk kehidupan kerana ia menolong untuk antibodi yang kuat dan daya tahan dari serangan penyakit. Taklah selalu selsema dan sebagainya...Itu Ini Anak Minah cadangkan ambil lah vitamin C. Tapi kat sini AnakMinah ingin menyarankan vitamin C 'virtual' yang sama penting dari yang 'physical' itu. 5C ini AnakMinah petik dari radio baru-baru ini. Tapi ayat-ayat sendiri..
C pertama:
Cinta - Hidup mesti ada perasaan cinta. Berlandaskan cinta kepada Allah dan cinta kepada orang-orang yang kita cintai, kita juga harus mempunyai perasaan cinta kepada diri sendiri dan apa yang kita ada dan apa yang kita buat. Tengoklah macam orang-orang yang bual MLM(multi-level-marketing) tu. Kenapa mereka selalu cakap fasal produk dia orang sahaja dan kadang-kadang beria-ia. Itu sebabnya mereka percaya dan cinta kepada program dan produk tu. Dengan perasaan cinta sahaja kita boleh menolong dalam kejayaan. Kita mesti cinta kepada kerja kita, baru lah ada harapan menjadi berkat.
C kedua:
Cita-cita - Hidup juga mesti ada cita-cita. Anda bercita-cita nak jadi apa? Doktor, guru, pensyarah, engineer, hidup senang, jutawan??? Dengan adanya cita-cita baru boleh menolong dalam menentukan hala tuju. Kalau tidak ada cita-cita payah juga ya. Ehh, kita mesti tahu apa yang kita hendak. Kena set cita-cita tu. Bukan untuk sedia jawap bila ditanya cikgu masa bangku sekolah saja. Sekarang, tak kita umur mesti ada cita-cita dan matlamat hidup! Mesti!
C ketiga:
Cuba - Apa-apapun kita mesti mencuba. Kalau kita tak cuba tak tahu, samada boleh berjaya ke, boleh gagal ke. Macam budak-cudak kecil, kalau dia tengok api ke, apa ke, kita cakap sahaja jangan dia mesti tak puas hati punya. Jadi, biarkan dia cuba, kalau dah kena baru tahu. Bak kata orang kampung, hah! baru tahu langit tinggi rendah! Yang penting jangan takut untuk mencuba.
C keempat:
Cari - Mesti jangan lupa cari. Bak terminologi pasaran kata, 'cari lubang'.. Kita mesti jangan lupa mencari apa yang kita nak jumpa. Simple kata, barang kita hilang kat rumah tu, kalau tak cari sampai bila tak jumpa. Kadang-kadang bila kita cari, benda lain pula yang jumpa. Tak apa jangan risau, janji cari!!
C kelima:
Cakap - Apa sahaja yang ada dalam fikiran kita kena keluarkan dengan cakap. Istilah lain - berkomunikasi. Zaman teknologi tinggi macam sekarang ini agaknya boleh diistilahkan sebagai cakap mulut, e-mail, SMS, MMS, blog macam ini(ehek!) dan lain-lain. Yang penting luahan perasaan itu penting supaya orang lain boleh tahu apa yang kita cinta, apa yang kita cita-citakan, apa yang kita nak cari dan sebagainya.
Kesimpulan, hidup mesti ada
5C ini. Jangan lupa dapatkan vitamin 5C!!

Semuga maju jaya. Semuga hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini dan seterusnya.
Salam dari Itu Ini Anak Minah.