16 December, 2005

Sepetang di Tanjung Bidara

pemandangan jeti
Pantai Tanjung Bidara yang terletak tidak berapa jauh dari bandar Masjid Tanah, Melaka ini merupakan pantai perkelahan yang tidak rugi untuk dikunjungi. Keadaan fizikal pantai yang landai dan pasir yang memutih serta angin sepoi-sepoi bahasa ini merupakan persaingan utama pantai Port Dickson. Pantai penyukegemaran ramai ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta, padang permainan kanak-kanak, surau, medan selera, tandas awam dan bilik mandi untuk keselesaan para pengunjungnya.
ularMemang nyaman dan selesa. Walaupun sewaktu kami sampai nampak pengunjung yang agak ramai kerana ada program motivasi dari beberapa syarikat yang menggunakan khidmat dihotel yang kami tumpangi. Seronok juga bersantai ditepi pantai. Lihat sahaja bentuk-bentuk pasir yang kami sempat reka bersama. Kira okaylah.. ada penyu, ada ular, ada kerang, ketam. Hah, ada juga kubu dan gunung berapi(Daun tu api dia lah..)Kreatif juga keluarga AnakMinah ini. Ada sesiapa yang nak challenge? he.. he

Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa dengan deruan ombak bisa melenakan. Dari kejauhan kedengaran suara jerit pekik beberapa pengunjung yang sedang bersantai dan bergurau senda di kolam renang berdekatan. Pandai yang damai kelihatan begitu indah.

Tatkala matahari telah terbenam, sayup-sayup kelipan perahu-perahu nelayan(agaknya) dalam kesunyian. Kesunyian yang diselangi deruan ombak dan lambaian daun niur, begitu mendamaikan.









Itulah, Tanjung Bidara...

15 December, 2005

Apa Ada Pada Ikan Kering

Ikan kering atau ikan masin sudah zaman berzaman menjadi hidangan sampingan masyarakat Malaysia khasnya masyarakat melayu. Tinjauan Itu Ini AnakMinah mendapati ikan kering ini sebenarnya menepati citarasa semua masyarakat. Pelik tu tak pelik tapi boleh percaya ke ikan kering yang boleh menjadi makanan 'last choice' orang-orang miskin atau orang-orang kampung sebab dah tak ada lauk lain, boleh pula menjadi makanan 'glamour' bagi orang-orang kaya atau warga kota, hendak-hendak apabila dihidang sekali dengan sambal belacan dan ulam-ulam. Bila tiba bulan Ramadhan pula seolah-olah ikan masin menjadi kemestian sebagai makanan samada untuk berbuka dan besahur. Kalau tak ada ikan kering seolah olah tidak terbuka selera! Ini kira isu menarik ini...

Baru-baru ini dikampung AnakMinah telah diadakan kenduri pernikahan. Memang meriah suasana itu, ramai yang datang walaupun itu hanya majlis pernikahan sahaja, belum walimahtulurusnya lagi. Tapi yang tetap menarik ialah hidangan ikan keringnya. Bila digoreng garing sebegitu, kena pula dengan lauk-pauk yang lain, sungguh menyelerakan...

Salah satu sebab kenapa ikan kering ini menjadi pilihan ialah kerana ia satu-satunya makanan yang tahan lama. Boleh disimpan dan tidak memerlukan peti ais beku dan sebagainya. Kira-kira bila terdesak gitu, boleh digunakan terus. So, hidup ikan kering!!!

Ikan kering pembuka selera,
Dimajlis nikah Ayai dan Fuad,
Semuga hidup aman dan bahagia,
Berbaik-baik dan muafakat..

gitu......

Salam dari Itu Ini AnakMinah

09 December, 2005

Health Check!

STROK/ANGIN AHMAR:


Setiap tahun, terdapat seramai 40,000 - 50,000 orang penduduk Malaysia diserang strok (80% berbangsa Cina). Setiap hari, purata seramai 137 orang yang diserang penyakit tersebut.

KENCING MANIS:

Kajian penyelidikan tahun 2000, menjangka bahawa pada tahun 2005, 25% daripada penduduk di Malaysia akan diserang penyakit kencing manis.

SAKIT JANTUNG:

Sepanjang sepuluh tahun iaitu dari 1990 hingga 2000, mangsa penyakit jantung meningkat sebanyak 46%. Tahun 2000 sahaja, 103,512 mangsa penyakit jantung dan dari jumlah itu seramai 7,037 telah meninggal dunia akibat sakit jantung. Ini menunjukkan bahawa purata seramai 287 orang diserang penyakit jantung pada setiap hari.

KANSER:

Setiap tahun, 9 juta orang mengidap penyakit barah atau kanser ini.
Seramai 5 juta dari jumlah itu telah meninggal dunia akibat jangkitan penyakit barah.

Di Malaysia, kira-kira 30,000 - 40,000 orang mengidap penyakit barah setiap tahun dan ini menunjukkan bahawa purata 109 orang dijangkiti penyakit barah setiap hari.


Risiko sakit jantung

PENYAKIT jantung masih menjadi pembunuh utama rakyat Malaysia.
Banyak sebab yang menyumbang senario ini dan antara faktor utama tabiat rakyat Malaysia yang malas bersenam dan kuat merokok selain faktor genetik.

Malah penyelidikan membuktikan menghisap rokok adalah faktor utama mempercepatkan sakit jantung.

Sakit jantung terbahagi kepada penyakit jantung koronari, penyakit injap jantung dan penyakit jantung kongenital. Apabila serangan jantung berlaku darah beku dalam saluran jantung akan menyekat seluruh darah ke jantung, mengakibatkan otot jantung mulai mati.

Walaupun ada kes sakit jantung tidak ada menunjukkan sebarang tanda, tetapi secara keseluruhannya, pesakit akan merasakan dadanya terhimpit dan sesak, berpeluh walaupun tidak sejuk, loya dan pening, pendek nafas dan akhirnya berlaku kematian secara mengejut.

Malah jika anda tidak merokok pun dan tidak pula ada tanda-tanda serangan jantung, anda masih berpotensi untuk diserang sakit jantung jika anda berhadapan dengan masalah diabetes. Risiko serangan jantung bertambah tinggi jika anda memiliki sejarah serangan jantung dan tidak meninggalkan amalan menghisap rokok.

Pencegahan daripada serangan sakit jantung sebenarnya bermula daripada kesedaran dan kefahaman diri sendiri. Jika dilihat secara sekali imbas, kolesterol memang boleh dikurangkan dengan pelbagai kaedah. Antaranya diet yang membawa kepada pengurangan sebanyak tujuh peratus, senaman (tujuh peratus), rawatan (60 peratus) dan kolesterol dialisis (70 peratus).

Pengarah Yayasan Jantung Malaysia yang juga Perunding kardiologi, Datuk Dr Khoo Kah Lin berkata, rawatan mengurangkan kolesterol membawa manafaat kardiovaskular yang penting selain memberi faedah tambahan kepada pesakit yang sedang menerima rawatan biasa.

"Kajian ini memberikan doktor kefahaman baru mengenai cara-cara menguruskan pesakit yang mempunyai tahap risiko tinggi secara berkesan khususnya mereka yang gagal mencapai tahap kolesterol yang disyorkan,"

Kebanyakan mereka juga sedang menerima terapi pengurangan kolesterol yang mempunyai tahap kolestrol LDL antara 2.6mmol/L atau 5.2mmo/L manakala pesakit yang tidak menerima sebarang terapi pengurangan kolesterol mempunyai tahap kolestrol LDL antara 3.2 mmol/L dan 6.5 mmol/L. 72 peratus daripada pesakit yang menerima rawatan pengurangan kolestrol mencapai tahap kolesterol LDL di bawah 2.6 mmol/L yang disyorkan berbanding 40 peratus daripada pesakit yang menerima rawatan biasa.

"Keputusan ini menyokong keberkesanan pengurangan kolestrol kerana terdapat pengurangan ketara dalam kejadian kardiovaskular pada seluruh julat dos 10-80 mg di kalangan pesakit yang menghadapi risiko sakit jantung yang lebih tinggi," kata Dr Khoo.


Apa, anda masih merokok... emmm...

06 December, 2005

Ayam bermacam ayam, hantu bermacam hantu

Ayam, bermacam ayam, ada ayam telur, ayam goreng, ayam A1..
Hantu pun bermacam hantu..ada hantu polong, hantu raya, hantu pontianak harum sundal malam II.... dan yang paling menyeramkan ialah pengundi hantu yang berada dalam bas berhantu...

Dari kenyataan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abd. Rahman menyatakan bas yang ditahan pada malam sebelum dan sehingga pagi hari pilihanraya adalah bas pelancong dari luar Kelantan untuk melihat perjalanan pilihanraya kecil DUN Pengkalan Pasir. Hebat juga ya pilihanraya ini sampai 20 buah bas datang berduyun-duyun hanya nak 'menyaksikan' pilihanraya ini. Ala-ala nak tengok konsert Mawi ini... Ini hantu yang dapat dikesan, yang tak dapat dikesan macam mana?

AnakMinah tak mahu campur hal-hal berbau politik ini. Tapi kalau banyak hantu dalam Malaysia ini, ee... seram tuu...

Kalau benar begini, h...apa punya ketelusan? Jangan asyik nak telus tengok wayang bogel free sahaya(kes tahanan wanita disuruh bogel dan ketuk ketampi), kena lah telus secara menyeluruh.

Apa pendapat anda?

Hari Terakhir duit syiling 1 ringgit laku

Buat peringatan pada kalian,

Hari ini ialah hari terakhir duit syiling beharga RM1 dikira laku. Selepas ini akan hanya jadi koleksi(kalau masih disimpan). Ala-ala macam duit zaman Jepun dulu, bila dah tak laku buat mainan sajalah. Jagi sebagai peringatan, AnakMinah nak nasihatkan kalau ada yang simpan banyak-banyak dalam tabung dekat rumah tu, cepat-cepatlah pergi 'gadaikan' hari ini juga. Setakat nak simpan sekeping dua buat kenangan tu tak apalah. Jangan banyak-banyak, rugi...

02 December, 2005

Bila Totty demam

AnakMinah sebenarnya banyak juga kerja yang hendak dibuat. Tapi kadang-kadang, biasalah bila rasa boring sikit, click lah kat blog ini. Sementara dapat idea nak siapkan paper kat opis ini. Banyak juga yang nak disiapkan. Maklumlah, boss dah nak pergi haji. Nak kena submit apa-apa yang patut sebelum dia pergi. Kalau tak, sangkut juga sampai dia balik nanti...

Anyway, sebenarnya AnakMinah tak nak tulis cerita pasal kerja. AnakMinah nak tulis pasal kucing. Aha, sebenarnya kat rumah ada kucing peliharaan, namanya Totty. Totty ini lain dari kucing biasa sebab tak makan macam kucing-kucing biasa itu. Dari kecil agaknya tak diajar, tak pandai lah dia. Tapi perangainya pula lain macam sikit. Dia suka keluar rumah. Entah kemana-mana perginya. Tapi bila petang tahu pula dia balik. Malam tidur kat rumah. Dia pun konon pergi bekerja juga.. Opis kat mana ntah! Tapi bila balik, tak sabar-sabar nak masuk rumah, bila buka pintu lambat.. maklumlah berapa jam punya simpan, nak melepas, hanya kat toilet dia aje.. Lepas tu lega...

Yang AnakMinah nak cerita ini, Totty dah dua kali demam. Bila monyok aja, kita bawa dia pergi klinik. Doktor kata dia demam, sebab badan panas. Huh!!! poning juga eden sekojap. Macamana dia tahu. Selalu rasa memang badan kucing lebih panas dari manusia biasa.

AnakMinah pun cari juga maklumat. Ni nak share ini. Rupa-rupanya menurut Veterinary Information for Cats , suhu biasa badan kucing ialah antara 100.5 to 102.5 darjah Fahrenheit. Ini berbanding dengan suhu biasa manusia 97.8 to 99.1 degrees Fahrenheit. Bila tengok site Fevers in Pets adalah diletakkan suhu-suhu biasa binatang peliharaan ini, untuk siapa yang berminat. Anjing biasanya lebih kurang macam kucing. Arnab bersuhu lebih tinggi iaitu lebih kurang 103.1 darjah Fahrenheit. Kuda jantan(stallions) bersuhu lebih rendah, dalam 99.7 degrees Fahrenheit, dan kuda betina(mares), at 100 degrees Fahrenheit.

So, agaknya bila suhu badan lebih panas dari yang panas sikit tu itu, dia demamlah. Doktor pun beri ubat suntikan dan ubat makan sekali. Ish..ish.. mahal juga charge nya tu.. penal doctor tak cover!

Jumpa lagi...