
Kita masih lagi dalam suasana kenduri-kendara dan rumah terbuka walaupun hari raya dah nak ke penghujung ini. Masih ada lagi jamuan sana sini. Bila cakap pasal jamuan ini, terliur dibuat nya bila teringat tempat-tempat yang ada menyediakan kambing golek!... berasap, lembut, juicy, cicah gravy gitu... emm.. Ada yang sanggup beratur panjang untuk tunggu kambing di potong... perghh! Ya lah, daging kambing ini pun salah satu makanan kegemaran Rasulullaah..

Seperti ada ahli keluarga AnakMinah tak boleh makan kambing macam ini, malah semua haiwan yang berkaki empat tak boleh masuk.. Sebabnya tak tahu pula..Yang jelas bukan sebab tak mahu, tapi body yang reject. Mungkin ada pembaca dekat sini yang dalam bahagian bio-tech / medic boleh cuba buat kajian dan menjelaskan. Yang lain-lain pula pasal tak suka dan tak reti.. Ehh.. AnakMinah pun tak reti juga nak menerangkan. Ada yang puas diberi dan disuruh try, tak mahu juga dia.
Walaubagaimana pun AnakMinah rasa, selain dari yang tak boleh makan itu, semuanya from the mind. Kalau rasa adventurous sikit, cuba ajalah anugerah Allah dalam dunia ini asalkan mengikut panduan-panduan hukum yang betul. Tepuk dada tanya selera...
Sila lawati renongan.blogspot.com untuk article sebagai panduan bab halal-haram makan ini..
Emmm.. bila lagi nak makan kambing golek ini..
3 comments:
Tu lah.. ada yang takut nak makan sebab dari kecil tak pernah cuba. For you guys, mana tahu zat yang you perlukan selama ini ada pada makanan yang tak makan tu? Especially macam sayur-sayuran dan ulam-ulam..
Kita taram semua benda janji halal....adventurous gituuu..
Selagi boleh, ini lah masanya.. Nanti bila dah sakit itu sakit ini, kena berpantang pulak. Terasa rugi..
Post a Comment