Seloka pantun ini ku tujukan pada mereka-meraka yang berkepentingan ...
Dulu disana sekarang disini,
Tanpa sedar peredaran waktu,
Inilah kisah dizaman ini,
Manusia bermacam perilaku
Dulu kecil sekarang besar,
Bila dah besar bergaya pula,
Janganlah tuan berasa gusar,
Baik jahat ada balasannya
Dulu muda sekarang tua,
Bila dah tua kulit berkedut,
Angan-angan menjadi ketua,
Tapi nampak macam badut
Dulu kuat kini bertongkat,
Berjalan jauh cucu risau,
Dek kerana mengejar pangkat,
Akal yang matang menjadi sasau
Dulu kawan sekarang lawan,
Bila dah lawan mula berbalah,
Jangan anggap diri pahlawan,
Orang lain konon semua salah
Dulu miskin kini berada,
Bila berada hidup selesa,
Ingat, hidup didunia sebagai roda,
Segala nya ku serah Tuhan yang Esa.
Nukilan - andakku
No comments:
Post a Comment