Pasti kita sering membaca atau mendengar istilah peribahasa seperti di atas. Peribahasa tersebut masih relevan sampai sekarang. Bagai Burung di dalam Sangkar Emas…Banyak maknanya. AnakMinah baru terjumpa satu artikel yang hendak dikongsi. Ini terjemahannya, harap lebih kurang halal..
Menurut Robert T Kiyosaki, 4 Kuadron Kerja::
1. Kuadron E: Employee
* Sebagai seorang profesional bekerja di syarikat milik orang lain, anda merasa bahwa dunia kita memang berada di sana. Kita dapat memperoleh banyak keperluan dari perusahaan tempat anda bekerja. Kita mungkin mendapatkan kepercayaan dari kepimpinan, dan lain kenikmatan kerja; sehingga boleh saja membuat anda lalai…sedar-sedar sudah mendekati masa pencen…baru sadar, bahwa kita masih bekerja ikut orang lain. Dan, akhirnya menghabiskan hari tua dengan wang pencen dan simpanan.
2. Kuadron SE: Self Employee
* Sebagai seorang yang sudah kerja sendiri, tidak ikut perniagaan orang lain; anda tentu saja lebih bebas berbuat sekehendak hati anda. Itu baik. Di kuadron ini, anda begitu tekun mengerjakan segala sesuatunya sendiri saja, kerana anda menilai itu lebih menguntungkan dibandingkan jika anda mengambil orang sebagai pekerja anda. anda terus berhitung sedemikian sehingga tanpa anda sadari…ini sudah anda jalani selama bertahun-tahun. anda terlupa untuk menyadari bagaimana caranya untuk lebih mengembangkan usaha anda. Bahkan sering terjadi, kerana ini sudah meresap selama bertahun-tahun…tanpa sedar, maka anda merasa sangat sulit untuk berubah menjadi lebih baik lagi dalam berbisnes. Tetap seumur hidup berada di kuadron Self Employee ini…
3. Kuadron BO: Business Owner
* Bagaimana pula, jika anda berada di kuadron ini, biasanya anda akan merasa lebih baik, lebih selesa dan nyaman dalam menjalani kehidupan. Sebagai Pemilik Bisnes, tentunya anda sudah lebih jarang bahkan sangat jarang sekali turun padang untuk menangani bisnis anda sendiri, kerana anda sudah punya banyak pegawai profesional. Yang sering terjadi di sini adalah: jika anda sedikit lengah atau lemah dalam sistem kontrol di perusahaan milik anda, maka biasanya itu akan dimanfaatkan oleh pegawai anda untuk keuntungan diri sendiri; pegawai anda kan sudah profesional. Banyak cara yang boleh dilakukan oleh seorang profesional, jika dia memiliki pikiran buruk. Meskipun pengiraan bisnes anda tersebut masih menguntungkan, tetapi biasanya itu masih boleh lebih menguntungkan lagi, kalau anda tetap mau menyadari harus selalu “meng-upgrade” sistem kontrol di perusahaan anda. Jika anda lemah dan tidak mau selalu memperbaiki sistem kontrol di perusahaan anda, maka itu akan boleh menjatuh perusahaan anda…meskipun itu terjadinya setelah sekian lama…sekian tahun…anda baru tau…
4. Kuadron I: Investor
* Wah, kalau anda sudah berada di kuadron ini, pasti tinggi tingkat kewangan anda. Sudah bagus sekali. Di sini anda sudah kuat. Tindakan yang anda lakukan di kuadron “I” ini selalu arahnya hanya sebagai seorang Investor, yang kerjaannya beli sana-beli sini, untuk memperbanyak aset kepemilikan anda. Biasanya yang pertama terpikir jika sudah di kuadron ini adalah: beli sebanyak mungkin property, kemudian beli juga bisnis orang lain…dll. Pada tingkatan ini pun sebaiknya anda “tidak terlena seperti burung dalam sangkar emas”. Kewaspadaan tetap diperlukan, meskipun anda sudah berada di dalam Kuadron Investor ini. Jika tidak, maka akibat keterlenaan kerana saat ini anda punya banyak duit, bisa saja nanti duit atau kekayaan yang telah anda miliki…tidak berumur cukup panjang. Mungkin tidak sempat dinikmati oleh anak-cucu anda. Sudah banyak contoh terjadi, bagaimana seorang dengan kekayaan melimpah ruah kerana sudah berada di kuadron ini, ternyata anak-cucunya tidak memperoleh kesempatan menikmati kekayaan pendahulunya. Selalu bijak dalam berpikir dan bertindak selaku seorang Investor, tetap harus beringat.
Begitulah.. walau dikuadron manapun kita berada, sekadar mengingatkan kita semua, harus berwaspada.
Jangan sampai terlena, “Bagaikan Burung Di dalam Sangkar Emas”.
04 July, 2008
Kesian burung dalam sangkar
Burung diam dalam sangkar,
Patah kaki kena lastik,
Bunga hati berkembang mekar,
Mungkinkah ia bunga plastik..
Kena lastik burung terluka,
Ambil masa untuk segar,
Hidup penuh suka duka,
Betulkah ada teman sebenar..
Makan padi bersama beras,
Minum air hilang dahaga,
Kehulu kehilir bekerja keras,
Terbayarkah masa yang berharga..
Berkicau burung hingar bingar,
Dalam sangkar semakin kurus,
Kata-kata manis sedap didengar,
Bagaimana pastikan ianya tulus..
Kaki pulih boleh berdiri,
Mundar mandir kesana kemari,
Bagaimana mencari kekuatan diri,
Berjumpakah agak di dini hari..
Sayap kembang cantik rupawan,
Tidak terbang apalah nilainya,
Tidak guna adanya kawan,
Kalau bak parasit tujuan asalnya..
Burung kini lepas terbang,
Luka lama masih berparut,
Cuba terangkan padaku abang,
Apakah beza benar dan karut..
Patah kaki kena lastik,
Bunga hati berkembang mekar,
Mungkinkah ia bunga plastik..
Kena lastik burung terluka,
Ambil masa untuk segar,
Hidup penuh suka duka,
Betulkah ada teman sebenar..
Makan padi bersama beras,
Minum air hilang dahaga,
Kehulu kehilir bekerja keras,
Terbayarkah masa yang berharga..
Berkicau burung hingar bingar,
Dalam sangkar semakin kurus,
Kata-kata manis sedap didengar,
Bagaimana pastikan ianya tulus..
Kaki pulih boleh berdiri,
Mundar mandir kesana kemari,
Bagaimana mencari kekuatan diri,
Berjumpakah agak di dini hari..
Sayap kembang cantik rupawan,
Tidak terbang apalah nilainya,
Tidak guna adanya kawan,
Kalau bak parasit tujuan asalnya..
Burung kini lepas terbang,
Luka lama masih berparut,
Cuba terangkan padaku abang,
Apakah beza benar dan karut..
04 April, 2008
Dulu Lain Sekarang Lain
Seloka pantun ini ku tujukan pada mereka-meraka yang berkepentingan ...
Dulu disana sekarang disini,
Tanpa sedar peredaran waktu,
Inilah kisah dizaman ini,
Manusia bermacam perilaku
Dulu kecil sekarang besar,
Bila dah besar bergaya pula,
Janganlah tuan berasa gusar,
Baik jahat ada balasannya
Dulu muda sekarang tua,
Bila dah tua kulit berkedut,
Angan-angan menjadi ketua,
Tapi nampak macam badut
Dulu kuat kini bertongkat,
Berjalan jauh cucu risau,
Dek kerana mengejar pangkat,
Akal yang matang menjadi sasau
Dulu kawan sekarang lawan,
Bila dah lawan mula berbalah,
Jangan anggap diri pahlawan,
Orang lain konon semua salah
Dulu miskin kini berada,
Bila berada hidup selesa,
Ingat, hidup didunia sebagai roda,
Segala nya ku serah Tuhan yang Esa.
Nukilan - andakku
Dulu disana sekarang disini,
Tanpa sedar peredaran waktu,
Inilah kisah dizaman ini,
Manusia bermacam perilaku
Dulu kecil sekarang besar,
Bila dah besar bergaya pula,
Janganlah tuan berasa gusar,
Baik jahat ada balasannya
Dulu muda sekarang tua,
Bila dah tua kulit berkedut,
Angan-angan menjadi ketua,
Tapi nampak macam badut
Dulu kuat kini bertongkat,
Berjalan jauh cucu risau,
Dek kerana mengejar pangkat,
Akal yang matang menjadi sasau
Dulu kawan sekarang lawan,
Bila dah lawan mula berbalah,
Jangan anggap diri pahlawan,
Orang lain konon semua salah
Dulu miskin kini berada,
Bila berada hidup selesa,
Ingat, hidup didunia sebagai roda,
Segala nya ku serah Tuhan yang Esa.
Nukilan - andakku
15 January, 2008
Mandi
Saya dapat artikel ini dari salah satu e-mail yang diperpanjangkan. Entah dari mana asalnya, tapi mungkin ada faktanya. Kepada individu itu, terima kasih. Untuk kawan-kawan, selamat membaca.

Kajian terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.
Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Jangkitan kulit:
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.
Selesema dan sakit kepala :
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.
Insomnia :
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.
02 January, 2008
Pangkalan Balak Dalam Kenangan(2007)
Salam 2008!!!
AnakMinah ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua warga MakMinah, kawan-kawan dekat dan jauh, baik dan yang terbaik, serta semua yang mengenali AnakMinah secara 'virtual' and peribadinya. Semoga tahun 2008 ini akan lebih bermakna buat kalian semua!!!

Tahun 2007 memang banyak kenangan, tapi ingin ku abadikan kenangan penutup 2007 yang diserikan dengan Hari Keluarga MakMinah..
Mesti ada yang tersenyum-senyum baca pantun seloka AnakMinah ini... Orang kata, siapa makan cili dia terasa pedas..
====
Adik Juara!!!

Pengkalan Balak pantainya berseri
Keluarga MakMinah berkumpul disana
Berbagai aktiviti diatur sendiri
Ehem! tengoklah siapa urusetianya
Majlis bermula di hari Sabtu
Makanan banyak satu persatu
Ketupat ada, nasi pun ada
Kawan apalagi sebat lah sahaja
Kuey Tiaw Pak Min ramai peminat
Satu,satu digoreng tak kira penat
Ada yang sendiri cuba nak buat
Pergh..makan sekali teringat-ingat
Dibakar juga otak-otak dan kentang
Kerang pulak sampai kering kontang
Kambing pun ada dari itu petang
Masa ni la makan tak kira pantang
Menjelang Magrib sembahyang bersama
Tahlil dibuat untuk arwah-arwahnya
Semuga majlis ini membawa berkat
Kepada yang ditujukan mendapat berkat
Waa.. pentas karaoke sedia berdiri
Menyanyi malam sampai ke pagi
Berbagai SUMBANGAN lagu diberi
Eh eh ada pulak tu yang syok sendiri!
Acara pagi berbagai rupa
T-shirt hitam putih mula digaya
Sampai tak ingat hari yang panas
Kalau menang tu hatinya puas
Acara menarik membaling telur
Dari dekat sampai ke jauh
Woo..handal betul ini pasangan
Apakah maknanya ini gerangan!
Cari harta karun punyalah kesah
Kreativiti mencari barang yang susah
Bayangkan rupanya ’kasut bertali’
Aduh, aduh memang menggelikan hati
Bermacam hadiah akhirnya dapat
Ada yang secepot ada yang sebebat
Yang penting tujuan bermuafakat
Semuga tahun hadapan lebih hebat!
Aiskrim!!! Aiskrim!!

Ooo.. romantik tu.. dah 9 kat rumah tu!!
AnakMinah ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua warga MakMinah, kawan-kawan dekat dan jauh, baik dan yang terbaik, serta semua yang mengenali AnakMinah secara 'virtual' and peribadinya. Semoga tahun 2008 ini akan lebih bermakna buat kalian semua!!!

Tahun 2007 memang banyak kenangan, tapi ingin ku abadikan kenangan penutup 2007 yang diserikan dengan Hari Keluarga MakMinah..
Mesti ada yang tersenyum-senyum baca pantun seloka AnakMinah ini... Orang kata, siapa makan cili dia terasa pedas..
====
Adik Juara!!!

Pengkalan Balak pantainya berseri
Keluarga MakMinah berkumpul disana
Berbagai aktiviti diatur sendiri
Ehem! tengoklah siapa urusetianya
Majlis bermula di hari Sabtu
Makanan banyak satu persatu
Ketupat ada, nasi pun ada
Kawan apalagi sebat lah sahaja
Kuey Tiaw Pak Min ramai peminat
Satu,satu digoreng tak kira penat
Ada yang sendiri cuba nak buat
Pergh..makan sekali teringat-ingat
Dibakar juga otak-otak dan kentang
Kerang pulak sampai kering kontang
Kambing pun ada dari itu petang
Masa ni la makan tak kira pantang
Menjelang Magrib sembahyang bersama
Tahlil dibuat untuk arwah-arwahnya
Semuga majlis ini membawa berkat
Kepada yang ditujukan mendapat berkat
Waa.. pentas karaoke sedia berdiri
Menyanyi malam sampai ke pagi
Berbagai SUMBANGAN lagu diberi
Eh eh ada pulak tu yang syok sendiri!
Acara pagi berbagai rupa
T-shirt hitam putih mula digaya
Sampai tak ingat hari yang panas
Kalau menang tu hatinya puas
Acara menarik membaling telur
Dari dekat sampai ke jauh
Woo..handal betul ini pasangan
Apakah maknanya ini gerangan!
Cari harta karun punyalah kesah
Kreativiti mencari barang yang susah
Bayangkan rupanya ’kasut bertali’
Aduh, aduh memang menggelikan hati
Bermacam hadiah akhirnya dapat
Ada yang secepot ada yang sebebat
Yang penting tujuan bermuafakat
Semuga tahun hadapan lebih hebat!
Aiskrim!!! Aiskrim!!

Ooo.. romantik tu.. dah 9 kat rumah tu!!

Subscribe to:
Posts (Atom)