05 November, 2007

Lumrah Dunia

Assalamualaikum semua,
Sebenarnya sudah lama benar AnakMinah tidak mencoret sesuatu dalam tempat sembang-sembang ini. Rupa-rupanya ada juga yang rindu nak baca coretan AnakMinah yang bersahaja ini. Oleh kerana ada beberapa permintaan, AnakMinah tak mahulah nak menghampakan.

Sebenar, sebuk pun ya juga. Rasa malas pun ya juga. Begitulah lumrah dunia, ada pasang surut. Kadang-kadang semangatnya tinggi, kadang-kadang merudum jatuh. Mujurlah dalam dunia ini kita tidak selalunya hidup kesaorangan. Itulah lumrah dunia.

Ini AnakMinah nak 'ghoyak' sikit ini. Kepada adik, kakak, kekawan yang kat luar tu, yang tengah berasa gundah gulana, rasa bermasalah, rasa kesepian, rasa seolah-seolah diri keseorangan dalam dunia ini, jangan lah teruskan membawa diri begitu. Ini nak cerita sedikit tentang seorang kawan AnakMinah ini. Baru-baru ini dia rasa macam tak diperlukan. Macam semua orang membenci dia. Bila dah macam itu, mulalah nak buat perkara-perkara yang tak patut..

Tapi alhamdulillah, baru dia sedar sebenarnya masih ada yang sayang. Sebenarnya ada orang yang sentiasa mengingati dia. Dalam ramai-ramai yang benci, mesti ada yang sayang. Perkara-perkara macam ini lah kadang-kadang kita kena fikir panjang sebelum bertindak sesuatu yang melulu.

Okay, nanti AnakMinah sambung cerita lagi..
Dah lama tak berceloteh, rasa kekok juga ini.

Sebelum mengakhiri, oleh kerana kita masih lagi berada dalam bulan Syawal ini, AnakMinah nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua.

Salam sayang dari AnakMinah kepada semua yang menyayangi AnakMinah.

No comments: