
Alahai...
Pada suatu pagi baru-baru ini semasa AnakMinah nak pergi kerja, tiba-tiba dikejutkan dengan kematian seorang pejalan kaki yang dilanggar oleh kereta kerana melintas jalan tidak mengikut jejantas yang disediakan. Maka alih-alih saja(bak kata orang kampung ku) undang-undang diperketatkan untuk menyaman pejalan-pejalan kaki yang melintas jalan tidak mengikut kemudahan yang disediakan. Terdengarlah pula statistiks jumlah ratusan pejalan kaki setiap hari yang kena saman sebegini.
Cerita tentang statistiks ini pula, memang sudah menjadi kebiasaan kita dengar hebahan bilangan saman berapa, bilangan kemalangan berapa, kemalangan maut berapa. Bak kata pepatah 'kiamat dunia' kalau satu hari dilapurkan tiada saman, kemalangan dan sebagainya. Mesti ada punyalah. Tapi yang sedap pula tu, kalau lah kebetulan bilangan keseluruhan dari laporan tu kuranglah satu dua dari hari(atau opps yang sama) tahun lepas, wah! dengan bangga nya dilaporkan ada peningkatan baik!
AnakMinah tak fahamlah sebenarnya. Sebenarnya walaupun satu nyawa yang hilangan akibat kemalangan ini patut dikesali. Ini seolah-olah seperti 'expected' lah kata orang putih. Kalau tak ada kemalangan atau tak ada yang maut sehari tak dikira kebiasaan.
Ini yang buat AnakMinah termenung jauh ini. Seingat AnakMinah dizaman AnakMinah kecil-kecil orang cukup takut tak masuk hutan. Entah apa-apa kemungkinan dan bahaya yang mungkin berlaku. Entahkan ularnya, harimaunya atau babi hutan nya. Entah bila-bila akan dicekup! Tapi tak sampai pulak nak letak statistiks tentang kemalangan-kemalangan dan kematian yang berlaku. Sebab boleh dibilang dengan jari.
Tapi..dengan sedih nya tak ramai(atau tak ada pun) yang takut hendak meredah hutan batu(dengan segala pembangunan bandar, jalanraya dan bangunan-bangunan yang gah-gah) ini. Bahayanya AnakMinah ingat jauh lebih besar dari meredah hutan belantara tu! Entah bila-bila mati kemalangan jalanraya, entah bila-bila kemalangan bangunan runtuhnya, banjirnya, dicekup penyangaknya, diragut, tertembak(mati katak)..itu nya ini nya..
Entahlah.. itulah dunia sekarang.
AnakMinah boleh cakap Itu dan Ini sahaja lah...