15 January, 2008

Mandi

Saya dapat artikel ini dari salah satu e-mail yang diperpanjangkan. Entah dari mana asalnya, tapi mungkin ada faktanya. Kepada individu itu, terima kasih. Untuk kawan-kawan, selamat membaca.


Kajian terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.
Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Jangkitan kulit:
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.
Selesema dan sakit kepala :
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.
Insomnia :
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

02 January, 2008

Pangkalan Balak Dalam Kenangan(2007)

Salam 2008!!!

AnakMinah ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua warga MakMinah, kawan-kawan dekat dan jauh, baik dan yang terbaik, serta semua yang mengenali AnakMinah secara 'virtual' and peribadinya. Semoga tahun 2008 ini akan lebih bermakna buat kalian semua!!!


Tahun 2007 memang banyak kenangan, tapi ingin ku abadikan kenangan penutup 2007 yang diserikan dengan Hari Keluarga MakMinah..

Mesti ada yang tersenyum-senyum baca pantun seloka AnakMinah ini... Orang kata, siapa makan cili dia terasa pedas..

====

Adik Juara!!!


Pengkalan Balak pantainya berseri
Keluarga MakMinah berkumpul disana
Berbagai aktiviti diatur sendiri
Ehem! tengoklah siapa urusetianya

Majlis bermula di hari Sabtu
Makanan banyak satu persatu
Ketupat ada, nasi pun ada
Kawan apalagi sebat lah sahaja

Kuey Tiaw Pak Min ramai peminat
Satu,satu digoreng tak kira penat
Ada yang sendiri cuba nak buat
Pergh..makan sekali teringat-ingat

Dibakar juga otak-otak dan kentang
Kerang pulak sampai kering kontang
Kambing pun ada dari itu petang
Masa ni la makan tak kira pantang

Menjelang Magrib sembahyang bersama
Tahlil dibuat untuk arwah-arwahnya
Semuga majlis ini membawa berkat
Kepada yang ditujukan mendapat berkat

Waa.. pentas karaoke sedia berdiri
Menyanyi malam sampai ke pagi
Berbagai SUMBANGAN lagu diberi
Eh eh ada pulak tu yang syok sendiri!

Acara pagi berbagai rupa
T-shirt hitam putih mula digaya
Sampai tak ingat hari yang panas
Kalau menang tu hatinya puas

Acara menarik membaling telur
Dari dekat sampai ke jauh
Woo..handal betul ini pasangan
Apakah maknanya ini gerangan!

Cari harta karun punyalah kesah
Kreativiti mencari barang yang susah
Bayangkan rupanya ’kasut bertali’
Aduh, aduh memang menggelikan hati

Bermacam hadiah akhirnya dapat
Ada yang secepot ada yang sebebat
Yang penting tujuan bermuafakat
Semuga tahun hadapan lebih hebat!



Aiskrim!!! Aiskrim!!



Ooo.. romantik tu.. dah 9 kat rumah tu!!